Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Memiliki Rumah Pertama

Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Memiliki Rumah Pertama

9 bantuan kerajaan untuk memiliki rumah pertama


Memiliki rumah pertama adalah impian setiap orang terutama yang sudah berkeluarga. Mungkin ramai yang masih belum tahu, di Malaysia, kerajaan kita menyediakan pelbagai skim dan bantuan untuk kita memiliki rumah. Antara skim atau bantuan yang disediakan adalah :

  1. BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
  2. BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)
  3. Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia
  4. Skim Rumah Pertamaku (SRP)
  5. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) KPKT
  6. Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT
  7. Skim Perumahan Penjawat Awam (PPAM) KPKT
  8. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
  9. MyDeposit

BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
Menawarkan pembiayaan perumahan sehingga RM300,000 dengan margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk insurans rumah) dan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

Permohonan Skim Perumahan Belia 2020 ( BSN MyHome )

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia
-Berumur antara 18 – 60 tahun
-Pemohon Individu / Bersama
-Mempunyai bukti bekerja sendiri
-Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan
-Pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
-Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja

Cara mohon: Mengisi borang permohonan di cawangan Bank Simpanan Nasional.

BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)
Menawarkan pembiayaan hartanah yang sudah siap atau sedang dalam pembinaan (undercon) dari pemaju dan hartanah siap (subsale).

Pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.
Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun
-Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
-Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
-Permohonan secara perseorangan atau bersama
-Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i
-Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah

Cara mohon: Mengisi borang permohonan di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka. Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM4,360
-Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
-Harga maksimum harta tanah RM300,000
-Peminjam tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
-Peminjam tunggal atau peminjam bersama boleh memohon.
-Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti warganegara Malaysia (peminjam yang berstatus penduduk tetap tidak layak memohon)

Cara mohon: Menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut:

AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK).

Skim Rumah Pertamaku (SRP)
Pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit.

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia sahaja
-Pembeli rumah pertama
-Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
-Pemohon individu atau bersama
-Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
-Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
-Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
-Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
-Mahu membeli rumah baru atau sekunder (subsale) yang terletak dalam Malaysia
-Nilai maksimum rumah RM500,000
-Pembeli mestilah menghuni kediaman yang nak dibeli

Cara mohon: Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat. Senarai bank-bank yang terlibat adalah:

Affin Bank, Affin Islamic
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
Ambank, Ambank Islamic
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank of China
CIMB Bank, CIMB Islamic
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic
MBSB Bank
OCBC Bank, OCBC Al-Amin
Public Bank, Public Islamik Bank
RHB Bank
Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq
UOB Bank

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) KPKT
Diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Skim ini merupakan salah satu langkah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit (berbentuk diskaun) yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Siapa yang boleh memohon?

Cara mohon: Daftar, isi dan lengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan DI SINI.
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT
Satu program Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

PPR Dimiliki dibuat dengan tujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri PPR:
-Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
-Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
-Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
-Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
-Surau/Ruang Solat
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun ke atas
-Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
-Pemohon belum memiliki rumah
-Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Cara mohon: Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan di tempat anda masing-masing. 

Skim Perumahan Penjawat Awam (PPAM) KPKT
Skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Dilancarkan pada awal tahun 2013, skim ini membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia
-Semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan -Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
-Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
-Moratorium 10 tahun
-Boleh memohon lebih daripada satu projek

Cara mohon: Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian DI SINI.
https://www.ppam.gov.my/

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh bank-bank untuk golongan tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah.

Siapa yang boleh memohon?
-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
-Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). —Pinjaman bersama dibenarkan.
-Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
-Pembelian rumah kediaman baru / dalam pembinaan (undercon) atau sedia ada (subsale) atau lelongan.
-Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
-Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
-Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
-Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
-Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Cara mohon:
-Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

-Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
-Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). —-Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan bank yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Senarai bank yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):

Affin Bank, Affin Islamic
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
Ambank, Ambank Islamic
AgroBank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Rakyat
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic 

MyDeposit
Skim MyDeposit 2020 adalah satu insentif kerajaan dengan menyediakan bantuan deposit 10% daripada harga jualan hartanah di bawah RM500,000.

Siapa yang layak memohon?
-Mestilah warganegara Malaysia
-Pemohon berumur 21 tahun ke atas
-Hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
-Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
-Hartanah di bawah RM500,000

Cara memohon: Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

𝟮 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗟𝗢 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗠𝗔𝗦 DI BUKA UNTUK JUALAN.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives