Jenis Binaan Bumbung.

Jenis Binaan Bumbung.

artikel untuk bumbung

Bumbung adalah penutup atas bangunan, termasuk semua bahan dan pembinaan yang diperlukan untuk menyokongnya di dinding bangunan atau di atas, memberikan perlindungan terhadap hujan, sinar matahari, suhu yang terlalu tinggi, dan angin. Bumbung adalah sebahagian daripada bangunan.

Bumbung Rata
Bumbung rata ialah bumbung yang mempunyai kecerunan 0̊ hingga 10̊.
Bumbung rata boleh direka besar atau kecil saiznya
bergantung kepada reka bentuk bangunan. Bagi sesetengah pemilik
rumah, ruang yang besar pada permukaan bumbung rata boleh digunakan
sebagai ruang tambahan untuk beristirehat, ruang menyidai pakaian atau apa-apa aktiviti yang boleh mengoptimumkan penggunaan ruang tersebut.

Bumbung rata adalah bentuk bumbung paling jimat kerana semua ruang bilik dapat digunakan sepenuhnya (di bawah dan di atas bumbung).


Bumbung curam
Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan melebihi
10̊. Bumbung ini berfungsi untuk menyediakan halangan yang mencukupi
disamping dapat mengekalkan persekitaran dalaman dengan menyediakan
rintangan yang mencukupi untuk kehilangan haba

Bumbung curam didapati dalam berbagai rekabentuk, antaranya ialah :

  1. Bumbung tebeng layar
  2. Bumbung limas
  3. Bumbung Gambriel
  4. Bumbung layang
  5. Bumbung Mansard
  6. Bumbung limas Belanda
  7. Bumbung pisang sesikat
  8. Bumbung minangkabau


Bumbung rata konkrit
Bumbung rata konkrit dikukuhkan dengan bar keluli di kedua-dua arah
diikuti dengan bar keluli bersaiz besar. Papak bumbung kebiasaanya
dikemaskan dengan simen lepa, agregat ringan untuk meningkatkan penebat
terma.
Bumbung rata konkrit adalah elemen struktur umum bangunan moden, yang terdiri daripada permukaan mendatar yang rata yang diperbuat daripada konkrit. Papak yang diperkuat dengan keluli, biasanya tebal antara 100 dan 500 mm, paling sering digunakan untuk membina lantai dan siling, sementara papak yang lebih tipis dapat digunakan untuk penurapan luar.


Reka bentuk bumbung yang kelihatan moden dan terkini menjadi pilihan pada masa kini. Pilihlah reka bentuk bumbung yang bersesuaian dengan keadaan cuaca dan tempat tinggal anda supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives