Perkara Penting Sebelum Anda Mengecat Bahagian Luar Rumah Anda.

Perkara Penting Sebelum Anda Mengecat Bahagian Luar Rumah Anda.

Perkara penting sebelum mengecat bahagian luar rumah

Cat dinding bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakan dan mudah kelihatan pudar kerana terdedah kepada cahaya panas matahari dan hujan. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu dan extrem, cat dinding bahagian rumah mudah merekah.

Di sini kami kongsikan tips sebelum anda ngecat bahagian luar rumah supaya ia nya bertahan lebih lama.

  • Bersihkan Dinding Yang Hendak Di Cat.
  • Pilih Cat Khas Untuk Bahagian Luar Rumah.
  • Pilih Cat Yang Sesuai Dengan Jenis Dinding.
  • Menggunakan Warna Yang Cerah.
  • Mengecat Ketika Cuaca Cerah.
  • Gunakan Teknik Yang Betul.

Bersihkan dinding yang hendak di cat.
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Kalau tak, kotoran akan buat cat menggelupas dan tertanggal bila kering.

Pilih cat khas untuk bahagian luar rumah
Cat khas untuk bahagian luar rumah biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama. Salah satu cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulan seperti ‘weather proof’ atau ‘weather resistance’. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa rosak atau menggelupas selama 4 tahun.

Pilih Cat Yang Sesuai Dengan Jenis Dinding.
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal berbanding cat dinding batu atau kayu supaya lapisan simen di bawahnya tidak kelihatan.

Menggunakan Warna Yang Cerah.
Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit berbanding cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sikit berbanding bila anda menggunakan warna pekat. Contohnya warna kuning, hijau muda atau putih.

Mengecat Ketika Cuaca Cerah.
Mengecat rumah waktu cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat lebih cepat. Bila cat waktu hujan, jadi lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air. Perhatikan juga keadaan dinding rumah sebelum dicat. Dinding yang lembab atau basah boleh buat cat tidak serap dengan sempurna.

Gunakan Teknik Yang Betul.
Langkah mengecat yang betul ialah dengan mengecat bahagian bucu / keliling kawasan terlebih dahulu. Kemudian cat kawasan yang besar dengan menggunakan kaeadah ‘W’ atau ‘M’. Kemudian baru ratakan kawasan cat.

Kesilapan yang biasa berlaku ialah seperti berikut :

– Lapisan cat terlalu tebal.
– Lapisan cat terlalu nipis.
– Terlalu banyak stroke pada satu-satu tempat.
– Stroke mengecat yang tidak konsisten.

Kredit Imej & Tips: https://www.impiana.my/ini-cara-yang-betul-untuk-cat…/

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives