Adakah Hanya Orang Kelantan Sahaja Yang Boleh Memiliki Hartanah Di Kelantan?

Adakah Hanya Orang Kelantan Sahaja Yang Boleh Memiliki Hartanah Di Kelantan?

Ramai orang bertanya tentang isu ini. Kali ini kami akan kongsikan tentang pemilikan tanah di Kelantan.

Jom sama-sama tambah ilmu :

Secara umum, jawapannya adalah ‘Ya’. Ini kerana berpandukan Enakmen Tanah Kelantan tahun 1938 yang menyatakan bahawa ‘anak Kelantan (native of Kelantan) sahaja yang boleh memilik tanah di Kelantan.Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:

  1. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
  2. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
  3. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
  4. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
  5. Sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.

Jadi sekiranya anda bukan orang Kelantan, tapi anda termasuk di dalam Kategori (3) dan (4) iaitu bapa anda orang Melayu Kelantan, ataupun orang Melayu dan sudah menetap di Kelantan melebihi 15 tahun, ada harapan untuk anda memiliki tanah di Kelantan.

Namun sekatan ini bukannya perkara yang mutlak. Anda masih boleh memohon daripada pihak berkuasa negeri untuk memiliki tanah di Kelantan, cuma prosesnya mengambil masa yang lama dan tiada jaminan bahawa mendapat kelulusan sekiranya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Masalah yang berlaku tentang pemilikan tanah di Kelantan adalah jikalau anda orang luar Kelantan ingin membeli rumah di Kelantan dengan menggunakan pinjaman daripada bank mahupun kerajaan, anda perlu menggadaikan tanah tersebut kepada institusi tersebut terlebih dahulu. Untuk membolehkan proses gadaian berlaku, perlulah dilakukan pindahmilik dahulu. Proses PindahMilik tidak boleh berlaku sekiranya anda bukan orang Kelantan.

Tetapi ada penyelasaiannya sekiranya anda berkahwin dengan orang Kelantan. Ketika ingin membeli rumah, pindahmilik kepada isteri / suami anda yang mana orang Kelantan, kemudian digadaikan kepada bank atas nama bersama. Risikonya adalah nama pasangan anda seorang sahaja yang tercatat dalam geran, walaupun anda berdua saling berkongsi bayar untuk rumah tersebut 😊.

Sumber : Safwan Salleh

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives