Pokok-Pokok Yang Sesuai Dijadikan Hiasan Dalaman Rumah Beserta Manfaatnya.

Pokok-Pokok Yang Sesuai Dijadikan Hiasan Dalaman Rumah Beserta Manfaatnya.

POKOK HIASAN DALAM RUMAH

Hiasan pokok dalam rumah bukan sahaja boleh menjadikan ruangan rumah lebih cantik, tetapi tahukah anda selain menghias rumah, ia mempunyai fungsi tertentu seperti membersihkan udara dan mengekalkan kelembapan udara malah ianya dapat memberi kesan kepada mood, mengurangkan stres dan bermacam-macam lagi.

Berikut kami senaraikan pokok-pokok yang sesuai diletakkan dalam rumah serta manfaatnya.

  • Pokok Lidah Jin (Snake Plant)
  • Pokok Fig
  • Pokok Philodendron
  • Pokok bunga Peace Lily
  • Pokok Aloe Vera
  • Pokok Rubber Plant
  • Pokok Spider Plant
  • Pokok Pakis Boston

Pokok Lidah Jin (Snake Plant)
Dikenali dengan nama scientific Sansevieria, tumbuhan ini mempunyai beberapa nama unik lain yang sering kita dengari seperti Pokok Lidah Jin ataupun Pokok Lidah Mertua.

Pokok ini bertindak sebagai pembersih udara yang baik dengan menyingkirkan toksik yang dibawa oleh angin ke dalam rumah anda. Antara toksik yang dibawa oleh udara adalah seperti Benzene, Formaldehyde, Trichloroethylene, Xylene, Toluene, dan juga Ammonia.

Selain mencantikkan rumah anda, pokok Lidah Jin juga berfungsi sebagai pembekal oksigen dalam rumah. Pada waktu petang, biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan. Ia cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan.

Pokok Fig
Nama saintifiknya adalah Ficus Lyrata. Pokok ini juga antara yang menjadi pilihan dan popular dalam kalangan pembeli. Daunnya yang cantik dan corak pertumbuhannya yang unik dan yang paling penting turut terkenal dengan fungsi mempurfikasikan udara di sekitar anda. Disebabkan daunnya yang lebar dan luas, jadi tumbuhan ini disenaraikan antara pokok yang paling berkesan untuk membersihkan udara.

Bukan itu sahaja, Pokok Fig ini juga mempunyai fungsi untuk mengawal kelembapan. Pelbagai mitos yang mengatakan pokok ini sukar untuk dijaga. Letakkan di dalam bilik dan pastikan ia mempunyai akses kepada cahaya matahari. Siram dan pastikan tanah lembap sekali seminggu, dan pastikan juga anda membersihkan daun-daunnya. 

Pokok Philodendron
Pokok Philodendron adalah salah satu tumbuhan dalaman yang paling popular, yang sering digunakan sebagai hiasan untuk perumahan moden.

Kebaikan pokok ini ialah meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dan ia juga turut dikenali sebagai tumbuhan purifikasi udara secara semula jadi. Letakkan pokok ini dalam 100 kaki persegi di dalam rumah dan biarkan ia lakukan proses purifikasi udara secara semula jadi.

Selain itu, ia juga turut terkenal dengan sifat ikhtiar hidup yang mudah, tak perlu siram selalu dan ia tidak memerlukan sumber cahaya matahari yang banyak

Pokok Bunga Peace Lily
Peace Lily adalah antara pokok hiasan dalaman yang mempunyai bunga dan antara jenis yang mudah ditanam. Ia boleh hidup dengan sinaran cahaya matahari yang minimal dan juga boleh menyesuaikan diri di kawasan bersuhu rendah dan kering. Selain cantik untuk menghias rumah, Peace Lily juga berfungsi untuk membersihkan udara dan juga berupaya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kawasan-kawasan lembap seperti di dalam tandas.

Ia bagaimanapun memerlukan tanah yang agak lembab dan kelembapan yang tinggi menambahkan lagi kesegaran kepadanya. Jadi, anda perlu menyediakan kawasan yang teduh dengan cahaya yang cukup untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pokok ini.

Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)
Aloe Vera atau dikenali dengan Lidah Buaya bukanlah satu nama yang asing. Sering terdapat di kebanyakan rumah. Senang ditanam, mudah dijaga dan antara tumbuhan hiasan yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino. 

Anda tidak perlu menyiramnya setiap hari, tetapi perlu meletakkannya di tempat yang sesuai (dengan cahaya dan kehangatan yang cukup).
Lidah buaya, selain cantik dijadikan hiasan, ia juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah kulit seperti mengelakkan parut dan merawat masalah kulit seperti jerawat. 

Pokok Rubber Plant
Tersenarai antara pokok hiasan dalam yang popular. Dengan rupanya yang hampir sama dengan Pokok Fig, ia datang daripada keluarga pokok jenis Moraceae. Daunnya yang berkilat, struktur pokok yang renek dan paling penting, ia mudah ditanam dan senang dijaga. Selain daripada itu, daun lebar yang terdapat di pokok ini berfungsi sebagai pembersih udara dengan membuang karbon dioksida dan memperlahankan pertumbuhan kulat di kawasan lembap. 

Pokok Labah-Labah (Spider Plant)
Spider Plant menghasilkan roset dedaunan panjang, nipis dan melengkung yang berwarna hijau pekat atau bervariasi dengan warna putih. Tumbuhan rumah yang senang tumbuh ini kelihatan sangat bagus di dalam bakul dan di gantung.

Jangan risau, Spider Plant tidak menarik perhatian labah-labah. Tetapi, ia berkesan menyerap sehingga 90% toksik yang terkandung dalam udara di dalam rumah anda. Selain daripada itu, keistimewaan tumbuhan ini adalah sebagai pembersih udara semulajadi yang mampu menyerap Gas Benzene, CO2, Formaldehyde dan Xylene iaitu bahan kimia pada industri kulit, produk getah dan bahan pencetakan. 

Pokok Pakis Boston
Turut dikenali dengan nama seperti pokok Pakis Pedang, terdapat sumber yang mengatakan Pakis Boston dapat mengekalkan kelembapan yang tinggi di dalam rumah dan berupaya mengelakkan kulit kita daripada kering. Ia juga merupakan tumbuhan yang berkesan menghapuskan bahan toksik pencemaran bawaan udara termasuk formaldehyde , xylene, dan toluene yang boleh menyebabkan sakit kepala , masalah pernafasan, dan pertumbuhan sel-sel kanser.

Ia juga mudah untuk dijaga, anda hanya perlu siram ia sekali seminggu tetapi pastikan tanahnya sentiasa lembab ya. 

Dengan ada nya pokok hiasan ini, ia bukan sahaja memberi kesegaran dan keselesaan kepada anda, ia juga dapat membantu anda untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah impian anda.

Nota : Anda tak perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah setakat dapat cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya. Tetapi hati-hati, ada pokok hiasan dalam rumah yang berbahaya kepada haiwan peliharaan anda.


𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives