Sudah Mampu Miliki Rumah? Jangan Abaikan Perkara ini Sebelum Beli Rumah!

Sudah Mampu Miliki Rumah? Jangan Abaikan Perkara ini Sebelum Beli Rumah!

urusan jual beli hartanah

Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap orang terutama yang sudah berkeluarga. Jika anda sudah berkemampuan untuk memiliki rumah, kami di Top One Property menasihatkan anda untuk mengambil peduli beberapa aspek sebelum anda membuat keputusan memilih mahligai idaman anda.

Antara perkara penting yang perlu diambil peduli sebelum membeli rumah adalah:

  1. Pilih Pemaju atau Kontraktor yang Dipercayai.
  2. Lokasi Rumah yang Ingin Dibeli.
  3. Spesifikasi Rumah dan Bahan Binaan yang digunakan.
  4. Periksa Keadaan Rumah Sampai Puas Hati.
Contoh Spesifikasi Banglo yang dibina Top One Property sekitar Kelantan

1. Pilih Pemaju atau Kontraktor Yang Dipercayai

Siasat dahulu latar belakang pemaju hartanah atau kontraktor bina rumah yang anda ingin lantik. Pastikan Pemaju dan Kontraktor Hartanah tersebut adalah berdaftar dan berlesen. Cara untuk periksa pemaju dan hartanah tanpa lesen boleh ke website ini: https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43
Cara lain untuk mengetahui samada pemaju atau kontraktor tersebut boleh dipercayai adalah dengan mengunjungi website atau laman media sosial mereka dan lihat jika ada komen-komen negatif atau tidak tentang mereka.

2. Lokasi Rumah yang Ingin Dibeli

Apabila anda sudah berpuas hati dengan latar belakang pemaju atau kontraktor yang anda pilih, seterusnya anda perlu ambil tahu lokasi rumah yang anda ingin beli atau bina. Sebolehnya elakkan kawasan yang sering dilanda bencana seperti banjir, tanah runtuh, air pasang dan sebagainya. Siasat dengan cara tanya penduduk sekitar tentang kawasan berkenaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Antara lokasi rumah yang Top One Property jual. Kami sentiasa mencari tanah yang berkedudukan strategik dan bebas dari bencana alam untuk dibangunkan dan dijual kepada pembeli.

3. Spesifikasi Rumah dan Bahan Binaan yang Digunakan

Awas dengan kontraktor binaan atau pemaju hartanah yang menawarkan harga yang murah! Pastikan anda bandingkan harga yang ditawarkan dengan spesifikasi dan bahan binaan rumah yang digunakan serta nilai semasa tanah dan rumah sebagai rujukan. Bahan binaan yang murah biasanya akan memberi kesan kepada struktur rumah dalam masa setahun ke dua tahun. Jangan kerana ingin berjimat dapat rumah murah, tetapi terpaksa pula keluarkan berpuluh ribu setiap tahun untuk membaiki kerosakan. Top One Property menjual rumah yang eksklusif dengan bahan binaan yang digunakan bermutu tinggi dan berjenama. Spesifikasi sama juga diberikan kepada sesiapa yang ingin bina rumah diatas tanah sendiri dengan harga RM140/kaki.

Poster Iklan Rumah Banglo untuk dijual di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

4. Periksa Keadaan Rumah Sampai Puas Hati

Jika anda membeli rumah yang sudah siap 100% pastikan anda periksa keadaan di dalam dan diluar rumah sebelum bersetuju untuk membuat urusan jual beli. Jika anda mendapati ada kerosakan atau apa-apa masalah, minta kontraktor atau pemaju untuk baiki dahulu. Kami di Top One Property amat menitik beratkan tentang kualiti rumah. Kami akan periksa sehabis baik keadaan rumah sebelum memberi kunci kepada pembeli.

Banglo Eksklusif yang dijual beserta pagar bata di sekeliling rumah selain tapak tanah ditambun lebih tinggi dari aras jalan sedia ada.
Kami juga membina rumah diatas tanah sendiri sekitar Kelantan dan Terengganu

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
📞 09 773 9191

Poster Iklan Banglo Eksklusif di Kelantan yang telah dibuka untuk jualan.

Baca: Idea Warna Ruang Tamu

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives