Kenali Rumah Tradisional Melayu Di Semenanjung Malaysia

Kenali Rumah Tradisional Melayu Di Semenanjung Malaysia

Rumah melayu tradisional mengikut negeri

Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu.

Rumah-rumah tradisional bukan sahaja mempunyai keunikan tersendiri malah melambangkan kehalusan seni bina di setiap negeri yang ada di Malaysia. 

Rumah Tradisional Kelantan.

Di Kelantan, rumah tradisional dikenali sebagai Rumah Tiang Dua Belas yang terhasil daripada sejarah dan latar belakang negeri itu yang unik dan panjang. 

Berdasarkan namanya, rumah ni ada 12 batang tiang! Ia wujud di ruang utama dengan 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang.

Rumah Tradisional Terengganu

Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri daripada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Tradisional Perak

Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.

Rumah Tradisional Perlis

Rumah Bumbung Panjang Perlis mempunyai banyak tiang adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar berbentuk huruf ‘V’ terbalik.

Komponen bangunan rumah berkenaan terdiri daripada rumah ibu dan rumah dapur. Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang lepar (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Ruang dapur terdiri daripada satu bahagian yang tidak bersekat tetapi dipisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.

Rumah Tradisional Kedah

Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang. Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.

Rumah Tradisional Negeri Sembilan

Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan jika diperhatikan banyak menyerupai pembinaan rumah adat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbung sedikit melengkung di bahagian hujung. Manakala muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.

Komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi manakala ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Manakala terdapat ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng yang merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.

Rumah Tradisional Pahang

Rumah Serambi Pahang biasanya berbumbung panjang, keunikannya dapat dilihat menerusi teknik pembinaannya yang dibina dengan kayu tanpa menggunakan sebarang paku pada dinding dan lantai.

Selain mempunyai tiga ruang utama iaitu serambi hadapan, rumah ibu atau induk serta serambi dapur, keunikan rumah itu juga terletak pada bahagian “geta” atau lantai yang ditinggikan untuk tujuan tertentu termasuk sebagai tempat berehat dan tidur.

Rumah Serambi Pahang juga mempunyai penghadang dikenali bendul setinggi kira-kira 0.4 meter yang berfungsi sebagai pintu masuk dari rumah ibu ke serambi.

Rumah Tradisional Selangor

Rumah tradisional melayu Selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak

Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik.

Rumah Tradisional Pulau Pinang

Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, dan dapur.

Rumah Tradisional Melaka

Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna yang menceriakan lagi keadaan rumah tersebut. Rumah Melaka didirikan menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Ruang rumah Melaka terdiri daripada ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengahnya pula terdapat sebuah bilik antara rumah ibu dan rumah dapur yang dipanggil selang.

Rumah Tradisional Johor

Di Negeri Johor, terdapat rumah-rumah berbentuk Limas dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya pula dihiasi dengan ukiran-ukiran kerawang kayu.

Rumah ini mudah dikenali berdasarkan puncak bumbungnya yang dipasang kayu berbentuk tajam yang dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi dipanggil anjung. Ruang serambi ini dipisahkan dengan ruang ibu rumah menggunakan dinding kayu. Manakala ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar.

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

12 Comments

  1. Touche. Outstanding arguments. Keep up the amazing effort.| Julie D’Arcy Acherman

  2. Great article! We will be linking to this great article on our website. Keep up the good writing. Elayne Marsh Becker

  3. I just could not go away your website before suggesting that I extremely enjoyed the usual information an individual provide for your visitors? Is gonna be back continuously to check out new posts. Jesse Vail Ferrand

  4. My partner and I stumbled over here by a different web
    page and thought I might check things out. I like what I see so i am
    just following you. Look forward to looking over your web
    page again.

  5. Heya! I’m at work browsing your blog from my new iphone 4!

    Just wanted to say I love reading your blog and look forward
    to all your posts! Keep up the great work!

  6. Very soon this website will be famous among all blogging and site-building visitors,
    due to it’s good articles

  7. Thanks for sharing your thoughts on website. Regards

  8. Very good info. Lucky me I ran across your blog by chance (stumbleupon).

    I’ve saved it for later!

  9. Thanks for the marvelous posting! I truly enjoyed reading
    it, you’re a great author.I will be sure to bookmark your blog and will
    eventually come back in the foreseeable future. I want to encourage one to
    continue your great job, have a nice morning!

  10. Excellent, what a website it is! This web site provides valuable information to
    us, keep it up.

  11. My brother recommended I might like this blog.

    He was once totally right. This submit actually made my day.
    You can not imagine just how a lot time I had spent for this info!
    Thanks!

  12. Mohon untuk share di akaun tiktok tiktok saya. Akan kredit website tuan

    Follow saya di tiktok shazwan noraship

    Terima kasih sharing ilmu

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives