Proses Pemilikan Rumah Yang Ramai Belum Tahu

Proses Pemilikan Rumah Yang Ramai Belum Tahu

Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman semua orang. Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar.

Secara asasnya, pembelian sesebuah rumah melibatkan 3 fasa iaitu fasa pra-pembelianpembelian dan post-pembelian.Dalam setiap fasa ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan agar proses pembelian rumah anda menepati apa yang anda impikan.

Fasa Pra-Pembelian

#Kemampuan Kewangan – anda perlu menilai kemampuan kewangan sendiri
#Rumah Idaman – mencari rumah yang sesuai
#Pembiayaan Pinjaman Perumahan – menyemak kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan

Pembelian

#Fahami dokumen perjanjian jual-beli rumah (sales-and-purchase aggreement, S&P)

Pembelian rumah akan melibatkan dokumen S&P sebab akan melibatkan pindahan milik antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Oleh itu, sebagai pembeli, anda kenalah fahami isi kandungan dokumen tersebut supaya dapat tahu tanggungjawab dan hak sebagai seorang pembeli rumah. Selain itu, anda juga perlu semak beberapa butiran berkenaan rumah yang dibeli yang dinyatakan dalam dokumen tersebut seperti nombor lot, harga beli, saiz rumah, jenis bangunan dan pelan lantai rumah.



#Fahami dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan

Apabila menggunakan pembiayaan pinjaman perumahan untuk membeli rumah, akan ada juga dokumen perjanjian yang perlu ditandatangani.
Semak semula jumlah pembiayaan atau pinjaman, jumlah bayaran bulanan, kadar keuntungan atau faedah yang dikenakan dan jenis takaful atau insurans yang digunakan.
Anda boleh bertanya kepada pegawai bank atau peguam yang anda lantik


#Lawat lokasi rumah secara berkala

Jika rumah yang dibeli masih dalam pembinaan dan boleh dilawati, maka jangan lepaskan peluang untuk lawat tapak projek rumah secara berkala. Lihat perkembangan pembinaan rumah impian anda, dan perhatikan jika ada apa-apa perkara yang tidak kena seperti pembinaan terhenti atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian. Sentiasa berhubung dengan pemaju atau kontraktor jika ada apa-apa perkara berbangkit


#Selesaikan bayaran secara berperingkat

Jika rumah masih dalam pembinaan, pemaju atau kontraktor akan menuntut bayaran mengikut kadar kesiapan rumah tersebut. Oleh itu, sebagai pembeli, anda perlu memastikan bayaran diselesaikan kepada pemaju dalam masa 21 hari selepas tuntutan bayaran diterima dan disahkan.

Walaupun kebiasaannya pemaju atau kontraktor menuntut terus kepada pembiaya (bank), tetapi adalah tanggungjawab anda sebagai pembeli untuk memastikan bayaran berperingkat tersebut dilakukan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Jika bayaran tidak dilakukan mengikut jangka masa yang ditetapkan, pemaju atau kontraktor boleh kenakan denda lewat bayar ke atas pembeli.Jadi, pembeli mestilah selalu berhubung dengan pihak pembiaya supaya bayaran diselesaikan dengan baik.


#Buat bayaran kepada pembiaya apabila diminta

Walaupun rumah masih belum siap, namun pihak pembiaya boleh meminta bayaran daripada anda sepertimana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan. Sebab itulah sangat penting untuk buat penilaian ke atas kemampuan kewangan semasa fasa pra-pembelian supaya anda mampu memberikan komitmen melunaskan bayaran yang diminta.


#Simpan semua dokumen berkaitan

Semua dokumen berkaitan pembelian rumah anda sama ada dokumen perjanjian, salinan geran dan resit bayaran perlulah disimpan dengan baik. Semua dokumen ini akan memudahkan anda jika berlaku apa-apa masalah, atau semasa ingin menjual rumah tersebut pada masa akan datang. Sebaik-baiknya, simpan dalam satu fail atau folder, dan letakkan di tempat yang selamat dan mudah diingati.

Post-pembelian

#Notis milikan kosong dan sijil perakuan siap & pematuhan – pastikan anda menerima rumah bersama-sama notis milikan kosong dan CCC dalam tempoh yang ditetapkan dalam dokumen S&P.


#Periksa keadaan rumah – Periksa keadaan rumah dan buat aduan jika ada sebarang kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan spesifikasi.


#Serahan lewat – Seandainya berlaku kelewatan serahan milikan kosong, buatlah aduan dan tuntut hak anda sewajarnya. Anda boleh membuat aduan anda kepada pemaju/penjual dan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives