Apa Beza Serahan Milikan Kosong Dan Serahan Kunci?

Apa Beza Serahan Milikan Kosong Dan Serahan Kunci?

Ramai orang keliru tentang apa yang dimaksudkan dengan serahan kunci dan serahan milikan kosong. Nampak sama, tetapi hakikatnya tidak serupa.

Di sini huraian perbezaan antara kedua-duanya :

Sekiranya pemaju serah kunci rumah anda, itu tidak bererti yang pemaju juga telah serahkan milikan kosong rumah anda secara sah. Ada sesetengah pemaju yang hanya serahkan kunci rumah semata-mata tanpa menyerahkan milikan kosong rumah.

Serahan Milikan Kosong Rumah Hanya Dianggap Sah Apabila:-

i. Perakuan siap dan pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek

ii. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke Bangunan tersebut

iii. Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan syarat di pihaknya di bawah perjanjian Jual Beli

iv. Penyerahan kunci kepada pembeli dibuat pada masa serahan milikan kosong tersebut.

Ertinya, kunci hanya boleh diserahkan kepada pembeli beserta milikan kosong setelah KESEMUA SYARAT untuk penyerahan milikan kosong seperti di atas disempurnakan.

Selagi belum sempurna semua syarat tersebut, penyerahan kunci tidak boleh dibuat. Kalaupun ianya dibuat, itu tidak menjadikan ia serahan milikan kosong yang sah disisi undang-undang.

Walaupun sekiranya kunci telah diserahkan, ia tidak memberikan hak kepada Pembeli untuk mendiami rumah tersebut selagi mana milikan kosong tidak diserahkan kepada mereka secara sah.

Tempoh liabiliti kecacatan hanya bermula pada tarikh serahan milikan kosong dibuat, bukannya pada tarikh serahan kunci rumah dibuat.

Begitu juga dengan tuntutan ganti rugi kelewatan (LAD) yang hanya boleh dibuat oleh pembeli selepas tarikh milikan kosong diserahkan dan bukannya selepas tarikh kunci rumah diserahkan oleh pemaju.

Kredit : https://www.facebook.com/salkukhairi.abdsukor/posts/1413859508653632

Tips pembelian rumah untuk memiliki rumah idaman.

Rumah Lot Banglo Pasir Mas Di Buka Untuk Jualan

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives