Orang Muda Jangan Hutang Kereta Mahal. Milikilah Hartanah Di Usia Muda.

Orang Muda Jangan Hutang Kereta Mahal. Milikilah Hartanah Di Usia Muda.

Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang dan ia nya bukanlah perkara yang mustahil jika kita benar-benar komited untuk mendapatkan nya.

Banyak faedah dan kebaikan yang kita dapat antaranya ialah :

  1. ANSURAN BULANAN RENDAH
  2. PERLINDUNGAN TAKAFUL RENDAH
  3. PEMBIAYAAN RUMAH MUDAH LULUS
  4. KEMUDAHAN RUMAH PERTAMA
  5. MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN
  6. PELUANG TAMBAH PENDAPATAN
  7. KESELAMATAN KELUARGA TERJAMIN

ANSURAN BULANAN RENDAH

Beli rumah di usia muda ansuran bulanan pembiayaan akan lebih rendah & mampu bayar berbanding yang lebih berusia kerana tempoh pembiayaan yang panjang.

Kebanyakan bank membenarkan pinjaman sehingga umur kita 65 tahun dan tempoh pinjaman maksimum ialah 35 tahun. Jika umur bawah dari 30 tahun, maka anda boleh lagi menikmati tempoh pinjaman yang panjang. Jika umur sudah 40 tahun, tempoh pinjaman hanya 25 tahun, bayaran bulanan akan tinggi sedikit.

PERLINDUNGAN TAKAFUL RENDAH

Beli rumah di usia muda untungnya lagi bila kadar takaful untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Pelindungan ini akan ketara tinggi bila pembiayaan dibuat pada umur 30 tahun ke atas.

PEMBIAYAAN RUMAH MUDAH LULUS

Beli rumah di usia muda pembiayaan mudah diluluskan kerana di usia muda komitmen untuk meminjam atau membuat pembiayaan masih kurang. Tidak besar seperti bila berusia kerana komitmen untuk anak-anak & keluarga sangat tinggi.

KEMUDAHAN RUMAH PERTAMA

Beli rumah di usia muda banyak kemudahan skim Rumah Pertama ditawarkan oleh bank-bank dengan margin 100% & ada juga yuran fi guaman ditanggung.

Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Memiliki Rumah Pertama

MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN

Beli rumah di usia muda apabila rumah pertama disewakan, lengkap dengan perjanjian sewa, bank akan kira sewaan sebagai pendapatan kita. Walaupun kita mempunyai komitmen di bank, kita masih lagi boleh membeli rumah untuk pelaburan lain kerana DSR kita masih rendah.

Mungkin harga rumah yang dibeli meningkat dan ada peluang untuk mortgage (lihat pada kadar sewa). Jadikan ia sebagai modal seterusnya. Dan teruskan membeli untuk hartanah yang kedua. Ulang & belilah untuk pelaburan lagi. Nanti, rumah idaman anda ada orang yang bayarkan.

PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

Beli rumah di usia muda semangat cari duit tinggi & banyak masa terluang. Dari disiakan begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang boleh bagi untung yang tidak masuk akal. Selain pelaburan melalui sewaan, teknik flipping sangat popular untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dari keuntungannya.

KESELAMATAN KELUARGA TERJAMIN

Beli rumah di usia muda anda tidak perlu memikirkan tempat tinggal lagi apabila berkahwin kelak dan keselamatan isteri & anak-anak akan lebih terjamin bila memiliki rumah sendiri.

2 Lot Banglo Di Buka Untuk Jualan.

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives