4 Tip Penting Elak Tersilap Beli Rumah Pertama.

4 Tip Penting Elak Tersilap Beli Rumah Pertama.

Anak muda perlu tahu 4 Tips ini sebelum memiliki rumah bagi mengelakkan kesilapan membeli rumah pertama.

Tip 1 : Kelayakan

Ramai yang nak beli rumah pertama dan mempunyai niat nak beli rumah secepat mungkin tetapi tidak tahu sama ada layak atau tidak. Macam mana nak tahu layak atau tidak?

Part ini kena walk in ke bank atau bertanya kepada banker.
Tetapi nak walk in ke bank perlu ada profil kewangan. Setiap orang perlu ada sekurang-kurangnya satu profil kewangan peribadi.

Jika ada perniagaan perlu ada profil kewangan individu dan syarikat. Profil kewangan ini wajib di bawa kepada banker untuk semak kelayakan kita

Profil kewangan ini minimum perlu ada perkara berikut :-
1. Kad pengenalan.

2. Slip gaji 1/3/6 bulan.

3. Salinan penyata KWSP terkini (jika berkenaan).

4. Surat Pengesahan Jawatan (jika berkenaan)

5. Laporan rekod CCRIS – https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!

6. Segala bukti simpanan di bank, ASB, tabung haji atau sebagainya.

Tip 2 : Kemampuan

Jika kita LAYAK (lulus pembiayaan) belum tentu kita MAMPU (membayar) bulanan bagi rumah yang kita beli.

Macam mana nak kira sama ada kita mampu atau tidak untuk beli rumah tersebut adalah dengan kira setiap transaksi perbelanjaan bulanan. Di sini kita dapat semak kemampuan masing-masing.

Tip 3 : Selamat

Kita perlu kumpul semua harta kita dan kira sama ada harta lebih banyak daripada hutang atau sebaliknya?

Formulanya adalah :

HARTA – HUTANG = HARTA lebih banyak.

Ini kerana kita nak beli rumah kita mesti dalam keadaan selamat.

Tip 4 : Emergency Fund

Ini wajib ada jika nak beli rumah. Emergency Fund ini minimum bersamaan 3-6 bulan daripada PERBELANJAAN. Bukan daripada gaji kerana ada yang PERBELANJAAN melebihi daripada GAJI.

ini supaya kita ada duit selamat untuk kita jika kita tidak ada gaji pada bulan tersebut atau kita sakit pada bulan tersebut dan tidak dapat bekerja.

Jika ada Emergency Fund ini sekurangnya dapat menampung 3-6 bulan akan datang sementara menyelesaikan cabaran yang dihadapi yang menyebabkan hilang pendapatan pada bulan tersebut.

Orang Muda Jangan Hutang Kereta Mahal. Milikilah Hartanah Di Usia Muda.

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives