Kepada Peniaga Atau Yang Bekerja Sendiri. Ini Cara Untuk Anda Membuat Pinjaman Beli Rumah

Kepada Peniaga Atau Yang Bekerja Sendiri. Ini Cara Untuk Anda Membuat Pinjaman Beli Rumah

Rata-rata yang berniaga sendiri dan mahu membeli rumah RM200,000, sudah pening. Boleh ke pinjaman mereka diluluskan? Sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang payslip atau penyata pendapatan seperti orang makan gaji.Sebenarnya tiada penyata gaji, tidak mengapa. Yang penting, berapa jumlah wang yang disimpan dan dimana anda simpan wang itu?

Dokumen yang perlu ada bagi orang bekerja sendiri yang mahu membuat pinjaman beli rumah dari pihak bank
  1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  – Jika Enterprise Borang E dan lampirannya
  2. Penyata akaun bank syarikat (Selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan/ semasa kita. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
  3. Berdaftar dengan LHDN. Sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran (jika menggunakan e-filing).
  4. CCRIS (Central Credit Reference Information System) dalam keadaan yang baik. Ambil slip CCRIS di Bank Negara.
  5. Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.
BAGAIMANA BANK LIHAT PENDAPATAN ORANG YANG BERNIAGA SENDIRI?

Kita akan mengira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan. Sebab itu penggunaan akaun semasa amat digalakkan dan amat memudahkan, kerana penyata dikeluarkan secara bulanan. Tidak seperti akaun simpanan.

Satu nasihat saya, pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari. Maksudnya tidak kira, anda berniaga pasar malam ke, bisnes trading yang menggunakan wang tunai ke, pastikan dapat duit, bank in dalam akaun.

Jika anda ingin membuat pembayaran dalam transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in sahaja ke dalam akaun penerima. Mudah dan lebih selamat. Yang lebih penting, anda tahu di mana duit anda di belanjakan.

Di bawah ini contoh jumlah kredit dalam perniagaan anda…

Contoh Penyata (nilai dari TOTAL CREDIT)

Bulan 1 : RM55,000

Bulan 2 : RM63,000

Bulan 3 : RM49,000

Bulan 4 : RM52,000

Bulan 5 : RM58,000

Bulan 6 : RM60,00

Pendapatan purata perniagaan anda ialah lebih kurang RM56,000. (Jumlah kesemua pendapatan bulanan dan di bahagi dengan 6 bulan).

Bank akan lihat hanya 20% sahaja sebagai gaji pemilik. Yang selebihnya dianggap kos operasi atau stok.

Pendapatan bulanan : 20% x RM56,000 = RM11,200

Jadi, bank akan mengambil RM11,200 sebagai pendapatan bulanan dan dikira untuk kelayakan mendapat pinjaman.

ADAKAH SAYA LAYAK BUAT PINJAMAN BELI RUMAH?

Ianya bergantung kepada pendapatan, komitmen perbelanjaan dan displin anda sebagai peminjam (dapat tahu daripada CCRIS).

Bergantung pada bank untuk menetapkan tahap nisbah pendapatan dan komitment seseorang. Ada yang cuma 50%, ada yang 60% dan ada setinggi 70%.

Jadi, daripada pendapatan anda, jumlah komitmen peribadi anda yang dibenarkan oleh pihak bank ialah,

Jumlah komitmen yang dibenarkan : 60% x RM11,200 = RM6,720

Jika komitmen dengan bank seperti di bawah,

Contoh Komitmen

Kereta : RM1,500

Rumah : RM1,700

Jumlah komitmen : RM3,200

Jadi, Debt Burden Ratio/ Service (DBR/DSR)

DBR/ DSR : RM3,200/RM11,200 x 100% = 28%

Jika anda berhasrat untuk memiliki rumah untuk pelaburan yang bernilai RM400,000, tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah konservatif 5%, ansuran bulanan lebih kurang RM1,900.

Ini bermakna DBR/DSR baru anda ialah

DBR/ DSR baru : (RM3,200 + RM1,900)/ RM11,200 X 100% = 46%

Peratusan untuk lulus untuk pinjaman ini adalah tinggi.

RAMAI PERNIAGA KECIL TIDAK ISYTIHARKAN PENDAPATAN

Jadi apa pentingnya, dokumen Slip pengesahan penerimaan e-B dan bukti pembayaran? Memastikan pendapatan yang anda dapat sama seperti anda isytiharkan kepada LHDN. Ini adalah seperti bukti yang kukuh menyokong pendapatan anda yang betul.

3 Faktor lazim usahawan Malaysia malas bayar cukai pendapatan.

  1. Mereka tidak tahu cara untuk membayar cukai.
  2. Tidak faham bagaimana menguruskan kewangan bagi mempermudahkan proses pengiraan cukai.
  3. Tidak mempunyai asas ilmu terhadap percukaian sewaktu memulakan bisnes.

Rujukan : https://najibmohamed.com/tips-buat-pinjaman-beli-rumah-bagi-yang-bekerja-sendiri/

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives