8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah Secepat Mungkin.

8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah Secepat Mungkin.

  • Umur Tak Akan Kembali
  • Harga Rumah Makin Meningkat
  • Kenaikan Gaji Tak Secepat Kenaikan Harga Rumah
  • Hartanah Sebagai Pelaburan Jangka Panjang
  • Hartanah Sebagai Suatu Bentuk Forced Savings
  • Hartanah Boleh Menjadi Suatu Bentuk Insurans
  • Anda Tak Pening Dengan Karenah Tuan Rumah
  • Beri Kebahagiaan Kepada Keluarga

Umur Tak Akan Kembali

Jika anda beli rumah melalui pinjaman, tempoh pinjaman semakin pendek & anda semakin berusia. Seseorang pembeli yang berumur 35 tahun mungkin boleh dapat tempoh pinjaman sehingga 35 tahun. Tapi jika dia tangguh, tempoh pinjaman tersebut semakin pendek. Maka tinggilah bayaran bulanan.

Bukan tu je, premium insuran rumah pun turut meningkat sama. Kita pun tandatangan perjanjian pinjaman. Menderita bayar bulanan. Kalaulah 10 tahun dulu beli rumah, tak sebanyak sekarang bayarannya.

Ini bukan rekaan, ianya cerita benar dan terjadi kepada ramai orang. Masa muda terlalu leka dan tidak sedar tentang pentingnya beli rumah. Ambillah manfaat bantuan kerajaan jika perlu. Contohnya ketika ini ditawarkan skim pinjaman 100% seperti Skim Rumah Pertamaku.

Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Memiliki Rumah Pertama

Harga Rumah Makin Meningkat

Harga rumah pula meningkat saban tahun. Makin tunggu makin tak mampu. Jangan ditunggu harga rumah jatuh. Sekalipun harga turun, majoriti harga rumah masih mampu tengok, bukan mampu beli.

Jadi kita kena realistik. Jangan termakan dengan propaganda yang kata nak tunggu pasaran jatuh macam nangka busuk..“Time tu baru aku nak beli”. Lagipun kejatuhan harga ni jadi hanya untuk beberapa ketika.

Kalau kita lihat trend untuk 10 atau 20 tahun, sememangnya harga meningkat. Jadi, tanam keazaman, kita mesti beli rumah secepat mungkin.

Kenaikan Gaji Tak Secepat Kenaikan Harga Rumah

Saya pernah lihat suatu statistik. Di katakan sepanjang 10 tahun lepas pendapatan permulaan untuk yang baru berkerja tidak banyak berubah. Bahkan ada sektor mengalami penurunan kerana persaingan dan lambakan graduan.

Yang dah berkerja, kenaikan tahunan pula mungkin sangat minima. Pada masa sama, kenaikan harga hartanah boleh mencecah 6-12% setahun. Nak lagi dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat. Walaupun gaji kita RM5000, tahun berikutnya RM5000 tersebut mungkin nilainya dah susut.

Harga barang naik, bil naik, yuran tadika anak naik. Semua naik. Yang turun..mungkin baki akaun bank sahaja. Haha…Maka kalau tak beli rumah secepat mungkin, makin sukarlah nak kejar harga rumah tersebut.

Hartanah Sebagai Pelaburan Jangka Panjang

Hartanah juga boleh jadi instrumen pelaburan. Anda pegang untuk satu jangkamasa panjang, anda akan tuai hasilnya. Nak lagi bila rumah tu disewakan.

Bila anda beli rumah berharga RM250,000 misalnya, anggaran bulanan dalam RM1200. Anda kemudian sewakan rumah tersebut sebanyak RM1300. Sekarang penyewa yang bayarkan rumah anda. Anda pula dapat duit tepi RM100.

Setelah 5 tahun, harga rumah tersebut mungkin dah meningkat ke RM400,000. Secara automatik aset bersih anda naik RM150,000. Baki pinjaman juga dah menurun.

Itu pun dikira sebagai aset bersih. Kalau simpan 5 tahun dah untung lebih RM150,000, simpan 30 tahun entah-entah dah jadi RM1 juta!

Hartanah Sebagai Suatu Bentuk Forced Savings

Kalau anda ada kesukaran nak menyimpan, belilah rumah. Ianya suatu bentu simpanan paksa atau forced savings. Hujung bulan mesti kena bayar.

Sekalipun anda duduk rumah tersebut dan tiada pendapatan sewa. Ianya bakal menjadi ‘forced savings’ dengan kenaikan harga rumah yang bakal diperoleh.

Hartanah Boleh Menjadi Suatu Bentuk Insurans

Bila kita beli hartanah, ambil insuran MRTT atau Mortgage Reducing Term Takaful. Ada beberapa bank yang tak wajibkan. Tapi saya sarankan anda beli polisi. Pastikan juga ianya berbentuk takaful. Ini kerana ada polisi yang tak patuh syariah.Bila ada insuran ni, kita dilindungi. Andai nauzubillah kita tak panjang umur, baki pinjaman akan dibayar oleh insuran.

Jumlah pinjaman yang dibayar mungkin bukan semua tetapi cukup untuk meringankan beban dan menjadi aset kepada pewaris. Sekurang-kurangnya anak isteri terbela selepas ketiadaan kita. Rumah tersebut boleh disewakan dan menjadi pendapatan tetap mereka. Ianya juga boleh dijual kalau perlu. I

nsuran hayat juga masih perlu. Jangan harap kepada hartanah sahaja. Bila kita dah tiada misalnya, anak dan isteri mungkin perlukan wang dengan segera untuk kelansungan hidup. Ini adalah peranan insuran hayat.

Hartanah tak sesuai untuk jangkamasa pendek. Ye lah nak cari penyewa atau nak jual mungkin memakan masa. Jadi buatlah pilihan bijak. Dapatkan insuran hayat. Beli hartanah. InsyaAllah keluarga akan terlindung di hari sukar.

Anda Tak Pening Dengan Karenah Tuan Rumah

Bila kita menyewa, yang kita bayar bulan-bulan tu masuk ke poket tuan rumah. Biarpun 1000 tahun dah menyewa, tak akan jadi milik kita pun!

Tuan rumah pula mungkin akan naikkan sewa dari tahun ke tahun. Tak boleh salahkan dia. Benda tu normal kerana inflasi. Tuan rumah juga mungkin tiba-tiba minta anda kosongkan rumah. Dia batalkan kontrak kerana nak bagi anak atau saudara duduk.

Maka, berpindah randahlah anda. Jangan rasa selesa kalau belum terjadi. Satu hari nanti pasti terjadi.Belum lagi tuan rumah yang tak bertanggungjawab. Rumah ada kerosakan teruk seperti bocor. Anda hubungi dia, tak ada tindakan.

Akhir sekali anda yang terpaksa baiki. Sudahlah kena baiki, bila minta bayar balik kos dikatakan pula terlalu mahal. Kalau dapat tuan rumah tak bertanggungjawab begini, percayalah hidup akan sukar. Episod pergaduhan akan lama. Macam sinetron dari seberang.

Tak habis-habis sehinggalah anda keluar dari rumah tersebut menyewa rumah lain atau anda buat keputusan untuk beli rumah.

Beri Kebahagiaan Kepada Keluarga

Siapa yang paling gembira bila ada rumah sendiri? Tentulah para isteri. Dia punya semangat nak menghias dan jaga rumah tu terus mencanak naik. Hari pertama duduk belum pun habis kemas lepas berpindah dia dah cergas memasak untuk anda. “Dapur ni kena rasmi cepat bang”. Tak percaya? Tengoklah bila dah naik rumah nanti. Haha…Selain itu, anak-anak juga membesar dalam keadaan baik & selesa kerana tak berpindah randah.

Berpindah ni ada kesan emosi. Terpaksa tinggal kawan-kawan. Terpaksa berpindah sekolah. Anak kecil kita belum boleh faham.

Akhirnya, dia bersedih & murung. Mak ayah kita turut menumpang bahagia. Mereka tahu anda dah melepasi salah satu fasa cabaran kehidupan. Sebagaimana mereka tempuhi membesarkan kita.

Di hari perayaan, jemputlah sanak saudara & sahabat handai ke rumah. Panjangkan silaturrahim supaya rumah yang anda beli hasil titik peluh, menjadi punca keberkatan dan kebahagiaan.

Top One Property

Banglo 1.5km dari Bandar Pasir Mas. 4 Bilik Tidur 3 Bilik Air. Rumah dalam pembinaan dijangka siap bulan September tahun ni.. Sapo beli awal kita bagi hrga special. 😉

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 ( Block J ) Section 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives