Baru habis belajar? Mula bekerja dan pasang impian untuk memiliki rumah pertama.

Baru habis belajar? Mula bekerja dan pasang impian untuk memiliki rumah pertama.

Sebelum mula cari rumah, korang wajib kira dulu kelayakan untuk membuat pinjaman dekat bank.

Dah tahu kira nanti, baru boleh cari rumah ikut kemampuan anda.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya yakin ramai fresh graduate mula bekerja dengan gaji yang rendah.

Dan dengan amaun gaji sebanyak itu menjadikan cita-cita nak beli rumah tu hampir mustahil.

Pokok pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata. Tapi lebih kepada planning dan execution.

Dengan memahami cara mengira DSR (Debt Service Ratio), korang boleh mula merancang bagaimana dan bila nak beli rumah.

Kalau tak tau kira ni, sampai bila-bila takkan tahu bila mampu beli rumah. Kalau dah mampu dari segi gaji pun, belum tentu mampu nak beli rumah lagi sebab takde perancangan.

Beli rumah ni bukan perkara yang mudah bagi first-timer, jadi perancangan tu kena ada.

Bila ada perancangan, baru kita berani buat.

Saya bagi contoh ya.

Kita try gaji kasar RM2,000 sebulan. Gaji bersih pula adalah RM1,770. Katakan rumah yang nak dibeli adalah sebuah apartmen medium cost berharga RM150,000.

Dengan menggunakan mortgage calculator (kalkulator gadai janji), dapatlah anggaran bulanan installment rumah ini iaitu RM650.

Nak beli rumah ni dalam bulan ketiga selepas berkerja (dapat surat confirmation), hanya ada PTPTN RM150 sebulan. Selain tu, takde hutang lain.

  • Gaji bersih = RM1,770
  • Komitmen = RM650 (Installment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM800
  • DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih) X 100 = (RM800 / RM1770) X 100 = 45%

Pada DSR 45%, saya boleh kata ada bank yang akan luluskan pinjaman untuk rumah RM150,000 ni. Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli rumah?

Kalau nak apartment RM200,000, boleh lepas ke? 

Installment bulanan untuk loan rumah berharga RM200,000 ni adalah RM1086. Kira DSR dulu.

  • Gaji bersih = RM1,770
  • Komitmen = RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
  • DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM1770)*100 = 57%

Untuk pendapatan kurang daripada RM3000, ambil kira DSR untuk loan lepas adalah 50%. Pendapatan lebih daripada tu baru 60%. Jadi perlukan pendapatan tambahan lagi RM250 untuk jadikan DSR 50%.

Dengan pendapatan tambahan RM250, kiraan DSR baru:

  • Gaji bersih = RM1,770
  • Pendapatan tambahan = RM250
  • Jumlah pendapatan = RM2,020
  • Komitmen = RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
  • DSR = (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM2020)*100 = 50%

Senang kan nak kira?

Lebih penting lagi, kalau dah tahu kira DSR, dah boleh plan. Contoh untuk fresh graduate yang baru dapat kerja dan nak beli rumah.

Dah boleh cari rumah yang agak-agak mampu dibeli, dan buat kerja part time masa hujung minggu dan lepas waktu kerja full-time.

Tak perlu lama. 3-4 bulan atau sehingga 1-2 bulan selepas dapat surat confirmation. Ikat perut. Kalau nak beli kereta, tangguh dulu.

Kalau saya boleh buat, kenapa bukan anda?

Dengan cara ni, dalam tahun pertama bekerja walaupun gaji RM2,000 pun, boleh beli rumah berharga lebih daripada RM150,000. Silap-silap, tak sampai 6 bulan bekerja dah boleh beli.

Rumah yang dibeli tu kalau dekat dengan tempat kerja dan untuk tinggal sendiri, bolehlah sewakan bilik besar kat orang lain atau rakan sekerja.

Silap-silap cukup untuk cover instalment dan sebagai tuan rumah, boleh tinggal secara percuma.

Gaji RM2,000 tu dah layak sebenarnya nak apply loan beli rumah. Antara nak dengan tak nak je.

Berkorban masa permulaan saja. Nanti bila pelaburan mula “berbuah,” korang sendiri yang tuai nanti. 

Kredit : https://gilahartanah.com/

4 Tip Penting Elak Tersilap Beli Rumah Pertama.

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives