Ketahui Status Hak Milikan Tanah Sebelum Anda Membelinya.

Ketahui Status Hak Milikan Tanah Sebelum Anda Membelinya.

Bagi anda yang sedang atau mencari tanah lot untuk membina rumah idaman, adalah lebih baik kita mengambil tahu dahulu status milikan tanah tersebut bagi menjamin supaya tanah yang hendak dibina rumah itu bersesuaian agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

Terdapat 3 jenis hak milikan tanah iaitu :

  • Tanah Hak Milik Kekal
  • Tanah Hak Milik Pajakan (Leasehold)
  • Tanah Rizab Bumiputra

Tanah Hak Milik Kekal

  • Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa.
  • Kadar kenaikan harganya tinggi dan merupakan satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
  • Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri.

Tanah Hak Milik Pajakan (Leasehold)

  • Merupakan tanah yang diberi pajakan oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh tertentu biasanya 99 tahun. Anda hanya memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu (99 tahun) dan bermakna anada bukanlah pemilik tanah yang mutlak.
  • Apabila tamat tempoh pajakan, tanah anda akan di ambil semula tanpa pampasan. Anda boleh menyambung atau memanjangkan tempoh pajakan kepada tempoh maksimum dengan membayar sejumlah premium kepada pihak kerajaan negeri.
  • Kenaikan harga tanah pajakan tidaklah setinggi tanah hak milik kekal

Tanah Rizab Bumiputra

  • Bagi memastikan orang-orang melayu untuk kekal berada di kampung pada zaman pra-kemerdekaan, pihak British memperkenalkan Tanah Rizab Melayu. Kini dikenali sebagai Tanah Rizab Bumiputra.
  • Tanah Rizab Bumiputra hanya boleh dijual kepada bumiputra atau syarikat bumiputra sahaja.
  • Pasaran yang terhad menyebabkan harga jualan tidak boleh dijual dengan harga yang tinggi.
Contoh Geran Tanah Rizab Melayu

Contoh geran mukim dalam Borang 5DK yang menunjukkan perihal tanah No Lot 6386, keluasan tanah 1.202 Hektar, kategori penggunaan tanah iaitu pertanian, dan jenis hak milik Tanah Rizab Melayu (kekal).

Pastikan anda telah menyemak butiran-butiran di atas terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk membeli mana-mana lot tanah.

Jika anda memiliki atau membeli tanah hak milik kekal, ia merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang asalkan lokasi yang strategik.

Bagi tanah yang hak milik pajakan dan bumiputra juga berpotensi menghasilkan pulangan yang baik asalkan kos membelinya rendah. Ia juga menjimatkan kos beli tanah untuk membina rumah banglo idaman anda.

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Top One Property sedia membantu anda untuk membina rumah banglo idaman mengikut standard rumah yang telah kami jual sebelum ini atau spesifikasi yang lebih mewah lagi.

Orang Kelantan dan Terengganu nak bina rumah atas tanah sendiri pun boleh 🥰

𝗖𝗔𝗟𝗟. : +𝟲𝟬𝟭𝟮 𝟵𝟬𝟮 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧)

𝗖𝗔𝗟𝗟. : +𝟲𝟬𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗜)

atau whatsapp

wasap.my/60129029191/bangloekslusif
wasap.my/60139139191/bangloekslusif
wasap.my/60145022150/bangloekslusif
wasap.my/60199004334/bangloekslusif
wasap.my/60143347464/bangloekslusif

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives