3 Kategori Penggunaan Tanah Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Membelinya

3 Kategori Penggunaan Tanah Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Membelinya

Terdapat 3 kategori penggunaan tanah berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 yang perlu diketahui iaitu :

  • Tanah Berstatus Pertanian
  • Tanah Berstatus Bangunan
  • Tanah Berstatus Perindustrian
Tanah Berstatus Pertanian

Boleh dibina sebuah rumah kediaman untuk tuan punya atau orang gaji kepadanya bagi maksud menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian sahaja.

Kebanyakan tanah-tanah di perkampungan adalah berstatus pertanian.Tanah kategori kegunaan pertanian boleh ditukar kepada kegunaan bangunan dan perindustrian jika anda berhasrat untuk membina rumah idaman yang di impikan.

Jika hendak membina rumah lebih daripada satu di atas tanah berstatus pertanian hendaklah dipecahkan lot dan ditukar status kegunaan tanah kepada berstatus bangunan.

Perlu diingat, cukai tanah berstatus pertanian adalah murah daripada yang berstatus bangunan dan industri

Tanah Berstatus Bangunan

Tanah berstatus bangunan ini boleh di bina rumah kediaman impian anda kerana ia sangat bersesuaian untuk diduduki .

Ia juga bersesuaian untuk bangunan pentadbiran/ komersial, pengangkutan, pameran/penjualan, dan bangunan kemudahan seperti masjid/surau,pendidikan, perubatan dan kebajikan.

Sekiranya tanah lot tersebut telah ada geran individu , maka proses dan transaksi jual beli tanah tersebut akan menjadi lebih mudah dan cepat. Hak dan kepentingan anda juga akan dilindungi.

Jika anda ingin membuat pinjaman untuk membeli tanah lot, bank hanya boleh meluluskan pinjaman untuk tanah lot yang dah ada geran individu dan berstatus bangunan sahaja. 

Tanah Berstatus Perindustrian

Boleh digunakan untuk membina kilang, bengkel, gudang dan lain-lain berkaitan perindustrian.

Contoh Pecahan Lot Tanah

Justeru itu, sebelum anda membeli mana-mana tanah pastikan terlebih dahulu status tanah tersebut.

Pastikan anda hanya membeli tanah lot yang telah dipecahkan, berstatus bangunan dan perlu di ingatkan lot pecahan yang hendak dibeli itu bukan berstatus geran bersama atau geran berantai. Sebaiknya ia geran individu.

Dapatkan geran yang asal dan seeloknya membuat pemindahan nama hak milikan. Ia penting bagi memudahkan anda membina rumah dan membuat pinjaman bank (jika perlu).

Ketahui Status Hak Milikan Tanah Sebelum Anda Membelinya.

Top One Property bertanggungjawab dalam memastikan pelan dan design rumah anda dirangkan dengan terbaik.Kami menitik beratkan tentang susun atur ruang supaya rumah kelihatan luas, privacy terjaga, kesesuaian dengan arah kiblat, dan arah pencahayaan matahari.Pandangan hadapan rumah juga dibuat dengan teliti sebagai contoh kompressor penghawa dingin tidak kelihatan dari pandangn depan rumah supaya rumah nampak lebih kemas.Banyak lagi faktor yang kami ambil kira dalam membina kediaman idaman anda. Kami membina rumah seolah-olah kami sendiri ingin duduki, Rumah yang ingin kami duduki mestilah dibina dengan puas hati dari A sampai ke Z 😉

Ingin membeli rumah banglo idaman di Kelantan? Atau ingin membina rumah impian anda di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives