Apa Itu Pinjaman Perumahan Kerajaan ( LPPSA)

Apa Itu Pinjaman Perumahan Kerajaan ( LPPSA)

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam.

Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!

Antara kelebihan pinjaman perumahan kerajaan ialah:

1. Pembiayaan sehingga 100%

Jika membuat pinjaman bank, jumlah pembiayaan yang diberi hanya 90% paling maksimum dan
selebihnya harus dibayar menggunakan wang deposit.
Namun dengan LPPSA, anda layak mendapat pembiayaan sebanyak 100% maksimum, dan tidak
perlu sediakan wang deposit.

2. Kadar tetap faedah (interest) serendah 4%

Pinjaman bank mengenakan 4-7% kadar faedah. Namun ianya masih tergantung harga rumah
anda. Semakin tinggi harga rumah idaman anda, semakin rendah kadar faedah yang akan
dikenakan. Ini kerana bank bergantung kepada Base Learning Rate (BLR).
Dengan LPPSA anda dapat jimatkan kadar faedah kerana kadar tetap ini sangat rendah. 4%
setahun. Susah juga nak dapat kadar serendah ini di tempat lain.

3. Tempoh pinjaman maksimum

Berkenaan tempoh pinjaman, melalui pinjaman bank anda hanya layak dibiaya sehingga usia
anda mencecah 75tahun. Manakala dengan LPPSA, pembiayaan adalah semaksimum umur anda
90 tahun.
Tempoh pinjaman yang diberi oleh LPPSA ada seperti berikut:
1. 30 tahun – rumah pertama
2. 25 tahun – rumah kedua

Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA:
  • Jenis I: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Jenis II: Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Jenis III: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Jenis IV: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • Jenis V: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  • Jenis VI: Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  • Jenis VII: Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman
Syarat Pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

1. Anggota Perkhidmatan Awam/ Pasukan Polis/ Angkatan Tentera.
2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri,
Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar,
Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
4. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta
45).
5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
6. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
7. Anggota Dewan Undangan Negeri.
8. Pekerja badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
  • Bukan seorang yang:
    • Bankrap
    • Terlalu banyak berhutang
    • Pemakan gaji tidak berkemampuan
    • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
    • Masih bekerja secara kontrak
  • Pinjaman bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, serta Pinjaman dua (2) nama di dalam S&P wajib disertakan dengan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.

Sebagai kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini.

Anda sangat bertuah kerana mempunyai kelebihan dalam mencari pinjaman perumahan, jadi jangan sia-siakan peluang untuk mendapatkan rumah yang sentiasa di idamkan itu!

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives