Bolehkah Bina Rumah Atas Tanah Berstatus Pertanian?

Bolehkah Bina Rumah Atas Tanah Berstatus Pertanian?

Ada membeli tanah berstatus pertanian untuk membina rumah kediaman?

Bolehkah kita bina rumah?

Faktor Zoning
  • Sesetengah Majlis Daerah masih memberikan kelulusan pelan rumah yang akan dibina di atas status tanah pertanian.Mungkin disebabkan faktor tanah pertanian dan faktor zoning di sesebuah kawasan yang menyebabkan mereka masih membenarkan kelulusan pelan atas tanah pertanian.
Pinjaman kerajaan
  • Pinjaman Perumahan untuk kakitangan Kerajaan membenarkan pinjaman diberikan kepada pemohon yang ingin membina di atas tanah pertanian. Tetapi masih tertakluk pada yang No 1, iaitu pelan rumah perlu diluluskan oleh Majlis Daerah.
Kelulusan pelan
  • Kebanyakan Majlis Daerah sudah mewajibkan pemilik tanah untuk menukarkan status tanah pertanian ke status bangunan bagi syarat kelulusan pelan rumah. Ini bermaksud, permohonan kelulusan pelan hanya diberikan apabila tanah sudah ditukar status atau sedang dalam proses ditukar status..Diingatkan, pemohon tidak dapat menghantar permohonan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan selagi pelan rumah tidak diluluskan Majlis Daerah.
Pinjaman Bank
  • Majoriti pinjaman bank mewajibkan tanah ditukar status kepada status bangunan walaupun sesetengah Majlis Daerah meluluskan pelan bagi status pertanian. Ini bermaksud, walaupun pelan itu sudah lulus di peringkat Majlis Daerah, bank akan menggunakan polisinya bagi menolak pinjaman bagi tanah berstatus pertanian.
  • Ini disebabkan pihak bank juga mahu melindungi kepentingan mereka yakni jika terdapat kegagalan bayaran pinjaman, banglo yang akan dilelong itu lebih tinggi nilainya jika ia berada dalam tanah berstatus bangunan.
Tunai
  • Kalau anda ada wang tunai untuk bina rumah atas tanah pertanian tak akan ada masalah sebab anda tak perlu berhadapan dengan pinjaman kerajaan/bank. Tapi kena ingat ye sebab apa-apa pembinaan masih memerlukan kelulusan pelan rumah dari Majlis Daerah. Walaupun pakai tunai. Melainkan kalau anda takde niat langsung untuk mohon kelulusan pelan rumah Majlis Daerah.. itu cerita lain.

Jadi untuk memudahkan tukarlah status tanah anda walaupun Majlis Daerah ditempat anda tidak mewajibkan begitu bagi permohonan pelan rumah.

Kos tukar status adalah berbeza mengikut setiap Daerah dan kosnya tidaklah mahal. Anda boleh rujuk kos di Pejabat Tanah masing-masing.

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Top One Property sedia membantu anda untuk membina rumah diatas tanah anda sendiri mengikut standard rumah yang telah kami jual sebelum ini atau spesifikasi yang lebih mewah lagi.

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives