Reka bentuk gerbang mampu membentuk imej dan karakter bangunan

Reka bentuk gerbang mampu membentuk imej dan karakter bangunan

Kehadiran gerbang mampu mengubah pandangan dan membentuk ilham seni bina serta karakter pada kediaman. Kelainan reka bentuk, keunikan pilihan material dan kesempurnaan gaya yang ditampilkan pastinya mengundang kehebatan yang diimpikan.

Fungsi Rekaan Gerbang

1. Struktur dekoratif untuk menutup bentuk ‘beam’ atau gelegar konkrit pada struktur binaan.
2. Menyambungkan dua ruang dan membuka laluan yang selaras dengan kadar kapasiti pengguna di dalam sesebuah ruang.
3. Dibina pada bahagian puncak sekitar 9 kaki – 10 kaki tinggi. Saiz tinggi ini adalah berdasarkan ketinggian dinding dan ditolak dengan saiz gelegar.
4. Reka bentuk gerbang mampu membentuk imej dan karakter bangunan serta ilham budaya seperti Islamik, Spanish, China, Mediterranean, Indian, Melayu, Inggeris dan lain-lain.
5. Pengunaan bahan lain seperti bata muka elok (bata hias), kayu dan lain-lain boleh diaplikasi sebagai penghias ‘beam’.

Gerbang Berciri Rustik

* Gandingan material batu dan kayu adalah elemen rustik yang diperlukan.
* Pengunaan bahan-bahan natural dan mempunyai tekstur yang kasar mendefiniskan rekaan gerbang berciri rustik. Kombinasi dengan kayu yang mempunyai ira halus sangat bertepatan dengan rekaan ini.
* Penampilan rustik dan berseni ini sesuai berada antara ruang utama dan ruang makan, bagi memberi fokus dari arah pintu masuk.
* Sekiranya anda inginkan kelainan, reka bentuk gerbang ini tidak terhad kepada rekaan segi empat sahaja, anda boleh memilih untuk rekaan berbentuk bulat atau melengkung.

.

Gerbang Sentuhan Eropah

* Selalunya digunakan pada ruang dapur berkonsepkan kedesaan Inggeris.
* Bentuk lengkung yang tidak keterlaluan memberi kesan pandang terus antara dua ruang, terutama ruang makan dan ruang dapur, atau ruang keluarga dan ruang makan.

.

Gerbang Era Kolonial

* Mendapat pengaruh gereja sekitar era kolonial.
* Strukturnya yang berlapis menampakkan binaan yang gah dan tegap.
* Peruntukan untuk membinanya melibatkan kos yang besar kerana struktur dan perinciannya yang halus, merangkumi pemilihan bata, lepaan konkrit dan kemasan berkualiti.
* Pilihan warna adalah putih, yang melambangkan era tradisional kolonial.

.

Gerbang Seni Bina Islamik

* Gerbang berbentuk Islamik ini memberi bukaan dengan lengkungan setengah bulatan penuh yang sempurna.
* Penampilan kubah atau gerbang seperti ini menjadikan ruang lebih gah dan hebat kerana rekaan ini hanya didapati pada struktur seni bina bangunan-bangunan besar seperti masjid.
* Bersifat mesra ruang kerana kedudukan dan lengkungannya yang tinggi.
* Sebagai pelengkap, rekaan ini boleh dipadankan bersama tiang roman atau ukiran konkrit untuk penampilan lebih menawan

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives