4 faktor Sebelum Memilih Kemasan Tingkap.

4 faktor Sebelum Memilih Kemasan Tingkap.

TingkapΒ adalah elemen terpenting dalam proses pembentukan sesebuah kediaman. Fungsinya tidak hanya sebagai pelengkap kepada struktur rumah, malah lebih kepada memberi sinaran cahaya,haba dan udara kepada ruang.

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam memilih kemasan tingkap:

Adakah ruang yang dipilih mempunyai jumlah cahaya mencukupi?

* Sekiranya anda berpuas hati dengan sumber cahaya yang memasuki sesebuah ruang atau bilik, anda perlu memilih jenis rawatan atau kemasan terbaik untuk mengawal kemasukan cahaya tersebut seperti pemasangan langsir.

* Utamakan kemasan tingkap yang mempunyai beberapa lapisan. Sebaiknya, pilihlah fabrik jenis beralun. Reka bentuk fabrik juga adalah faktor yang membantu mengawal kandungan cahaya yang boleh diolah sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Fabrik Langsir Yang Mewah & eksklusif

Kedudukan atau rekaan tingkap

* Anda boleh memilih untuk menggantung langsir atau kemasan tingkap seperti pilihan fabrik atau bidai pada bahagian atas tingkap, iaitu pada ketinggian enam inci.

* Sekiranya saiz tingkap terlalu kecil, pastikan anda boleh menggantung fabrik untuk membolehkannya melindungi bahagian tepi tingkap.

* Perlu diingat, anda memerlukan permukaan dinding yang mencukupi bagi memastikan gantungan fabrik pada bahagian atas tingkap.

Kenal pasti konsep atau stail dekorasi.

* Sentiasa pastikan kemasan dan reka bentuk tingkap adalah bersesuaian dan sepadan dengan konsep atau gaya dekorasi ruang pilihan.

* Sekiranya ruang adalah berbentuk formal, anda perlulah memilih fabrik yang lebih panjang sehingga mencecah ke aras lantai dan disertakan bersama pilihan fabrik berkualiti dengan rekaan kemas dan rapi.

* Bagi ruang tidak formal, pilihan fabrik yang tergantung pada paras tingkap dapat membantu ruang tampil menarik.

* Pemilihan langsir daripada pilihan fabrik ringan dan jarang seperti ‘sheer’ adalah terbaik. Sekiranya anda inginkan suasana ruang lebih formal, seboleh-bolehnya pastikan kemasan tingkap yang dipilih dapat mengawal cahaya sepenuhnya.

Peruntukan kewangan.

* Jumlah bajet adalah penentuan kepada pemilihan jenis dan kualiti fabrik untuk menggayakan stail atau rekaan pilihan.

* Sekiranya peruntukan adalah besar, anda berpeluang untuk membuat pelbagai pilihan fabrik dan kemasan yang berkualiti dan terbaik.

* Andainya peruntukan adalah terhad, pilih kemasan yang berpadanan dengan jumlah peruntukan yang telah anda peruntukan. Pemilihan langsir singkat sebagai contoh hanya memerlukan kuantiti fabrik yang kecil. Anda cuma perlu mengolah kreativiti untuk memilih corak dan motif yang mampu menampilkan kemasan tingkap yang lebih menyerlah.

Baca : 5 Panduan Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri.

Kami di 𝗧𝗒𝗣 π—’π—‘π—˜ 𝗣π—₯π—’π—£π—˜π—₯𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Kami membina rumah impian anda.

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

π“πŽπ πŽππ„ πƒπ„π•π„π‹πŽππŒπ„ππ“ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
πŸ“ Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

πŸ“ž 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives