Jenis Ikatan Bata Dalam Industri Pembinaan

Jenis Ikatan Bata Dalam Industri Pembinaan

Kekuatan sesebuah dinding yang dibina dipengaruhi jenis ikatan bata yang digunakan.

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan.

Ini antara ikatan yang biasa digunakan di Malaysia :

  • Ikatan sisi bata,
  • Ikatan kepala bata,
  • Ikatan Inggeris
  • Ikatan Flemish.

Terdapat juga lain-lain ikatan atau susunan bata yang menggabungkan di antara satu sama lain daripada ikatan-ikatan yang utama.

  • Ikatan Dutch
  • Ikatan Bata Silverlock
  • Ikatan Monk
  • Ikatan Bata Perangkap Tikus
  • Ikatan Raking

Ikatan sisi bata

Ikatan ini digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka untuk dinding setengah bata tebal (1/2 bata = 113mm).Ikatan disusun dengan menyambung setiap bata pada kepalanya. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan sisi bata dan berselang-seli dengan lekapnya ialah antara 1/4 bata hingga 1/2 bata.

Ikatan Kepala Bata

Setiap lapisan dalam ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja menjadikannya ikatan satu bata. Sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok berbentuk bulat atau melengkung seperti ambang.

Ikatan Inggeris

Ikatan ini diselang-selikan pada setiap lapisan dengan ikatan sisi bata pada satu lapisan dan ikatan kepala bata pada lapisan berikutnya, menjadikannya ikatan satu bata. Sebiji 1/2 bata penutup ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap lapisan kepala bata. Bata penutup ialah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap 1/4 bata minima yang seragam. Ikatan ini boleh dianggap ikatan yang kuat diantara ikatan-ikatan yang utama.

Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi ikatan sisi bata dan kepala bata yang disusun berselang-seli dalam satu lapisan dan setiap lapisan. Sebiji 1/2 bata penutup juga ditempatkan bersebelahan kepala bata penjuru pada setiap selang lapisan.
Apabila dua belah tembok dinding menunjukkan susunan Flemish, ia dikatakan ‘Flemish Kembar’. Sekiranya sebelah ikatan Flemish dan sebelahnya ikatan inggeris, ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini menyebabkan sambungan tegak berterusan di sebelah dalam dan lemah, tetapi ia menghasilkan kedua-dua belah muka tembok dinding yang lebih rata dan sesuai untuk tembok hiasan dan tidak di’lepa’.

Ikatan Ducth

Ikatan ini adalah satu ikatan perubahan daripada ikatan inggeris. Ia mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli dengan tiap-tiap lapisan itu bermula dengan bata kerat 3/4. Tiada 1/2 bata penutup digunakan dalam ikatan ini.

Ikatan Bata Silverlock

Ikatan ini adalah lanjutan daripada ikatan inggeris. Mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus.

Ikatan Monk

Ikatan ini adalah tiruan daripada ikatan Flemish. Setiap lapisan mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua ikatan sisi bata berselang -seli.

Ikatan Bata Perangkap Tikus

Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban.

Ikatan Raking

Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan mengisikan dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun sesiku.

Baca : Ketahui Perbezaan Antara Bata Tanah Liat Dengan Bata Konkrit

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives