Kenali Jenis-Jenis Cat Untuk Kemasan Dinding

Kenali Jenis-Jenis Cat Untuk Kemasan Dinding

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, konkrit, batu-bata, dan lain-lain lagi.

Fungsi cat ialah :
  • Melindungi daripada kerosakan-kerosakan yang di sebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.
  • Mencantikkan pemandangan.
  • Perlindungan dari air, debu dan kotoran.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair.

Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.

Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner).

Bahan pengikat berfungsi melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan.

Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati adalah turpentin dan spirit putih.

Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak payah dicampur dengan bahan lain. 

Jenis – jenis cat yang digunakan ialah :
  1. Cat Minyak
  2. Cat Air
  3. Cat kapur

Cat Minyak
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapis cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.


Cat Air atau Cat Emulsi
Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.


Cat Kapur
Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadang-kala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.


Cat Kegunaan Khusus


Banyak jenis cat dihasilkan khas untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a. Cat Aluminium
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini digunakan sebagai cat asas bagai kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.


b. Cat Bitumen
Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berharga murah.


c. Cat Kalis Kulat
Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah pertumbuhan kulat terkandung dalam cat jenis ini. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.


d. Cat Tahan Api
Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam pembinaan.

Baca : Perkara Penting Sebelum Anda Mengecat Bahagian Luar Rumah Anda.

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives