9 Jenis Kemasan Lantai Untuk Rumah Impian Anda

9 Jenis Kemasan Lantai Untuk Rumah Impian Anda

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

  • Lepa Simen
  • Jalur Kayu
  • Parket
  • Jubin
  • Marmar
  • Mozek
  • Terazo
  • Karpet @ Permaidani
  • Lantai Kaca

Lepa Simen

Kemasan lepa simen portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara “monolithic” iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Jalur Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.
Seboleh-bolehnya lebar papan jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cenggal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.

Parket

Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan mengikut corak seperti yang ditunjukan di dalam gambar. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300mm x 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu khas, permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampang, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.

Jubin

Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogen ataupun bergris pada permukaanya sahaja.
Saiz jubin yang dihasilkan ialan 110mm x 110mm, 150mm x 150mm, 200mm x 200mm, 200mm x 100mm, 200mm x 300mm, 300mm x 300mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih ataupun simen berwarna.

Marmar

Kepingan batu marmar yang berupa petak sekata ataupun petak tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus (No 350) sehingga rata dan licin, kemudian dikemaskan dengan lilin.

Terazo

Terazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat. Terazo digunakan sebagai kemasan lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh dibuat dengan cara “tuang-di-tempat” ataupun “tuang-dahulu”. Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:

Saiz batu marmar sehingga 10 mm – bancuhan 1:2,

Saiz batu marmar sehingga 12 mm – bancuhan 1:3.

Bancuhan air tidak melebihi 25 liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah air-simen dalam linkungan 0.50, dan penurunannya 25 mm. Seperti bancuhan konkrit yang lain, bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas air dibancuhkan.

Selepas terazo ditempatkan dan dikemaskan dengan pemaras keluli, pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo mengeras. Pencanaian boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar (No 24) lantai itu dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya. Lantai tersebut dibersihkan dan lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen yang sama warnanya. Pencanaian  kali kedua dengan menggunakan batu asah gred No 120/150 dilakukan selepas diawetkan selama 5-7 hari. Sekali lagi, lantai dibersihkan, ditampal lubang-lubang halus dan diawet selama 2-3 hari. Akhirnya lantai digosok dengan batu halus (gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan berkilat.

Lantai terazo digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai untuk bilik air, dapur, dan tempat-tempat yang lembap, kerana permukaan terazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah menyerap asid atau alkali.

Karpet @ Permaidani

Karpet adalah sejenis tekstil penutup lantai yang terdiri daripada bahagian atas ( berbulu ) yang melekat pada bahagian alas dibawahnya.

Bahan yang digunakan untuk membuat karpet ini ada pelbagai jenis, antaranya ialah daripada bahan sutera, kulit haiwan, nylon serta polypropylene atau serat plastik. Kualiti dan harganya berbeza-beza bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan karpet tersebut.

Lantai Kaca

Ia boleh digunakan untuk merangkumi semua ruang dan serpihan individu lantai. Lantai kaca diperbuat daripada berlapis atau berlapis triple berlapis atau dari kaca berlamina yang disalut dengan lapisan polimer.

Baca : Idea Dekorasi Bilik Tidur Yang Simple & Selesa.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives