Tip Mengubahsuai dan Menghias Mahligai Idaman Anda.

Tip Mengubahsuai dan Menghias Mahligai Idaman Anda.

Ruang tamu dan ruang makan merupakan tempat yang penting sewaktu anda dikunjungi tetamu. Maka dengan itu, luangkan masa untuk mengemas supaya tetamu yang datang berasa nyaman dan selesa.

Ikuti beberapa panduan mudah dan murah tetapi berkesan untuk mewujudkan suasana idaman anda.

Dinding

 Mengecat baru. Guna warna jingga atau kuning terang untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan. Warna gelap atau pekat menjadikan ruang lebih sejuk. Warna lembut pula mampu mencerahkan bilik dan mewujudkan suasana lebih luas. Untuk menjadikan suasana bilik lebih canggih, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan da stensil. Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun, bingkai gambar atau cermin.

Lantai

Jika bosan dengan kemasan lantai jubin tukarlah kepada panel kayu atau berlamina kayu. Untuk lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sediada dan ganti dengan jubin berwarna. Buat corak yang diingini. Atau pun tukar permaidani lama kepada yang baru.

Meja Makan Atau Meja Kopi

Tidak perlu beli yang baru. Hanya tukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna. Alas fabrik seperti organza, muslin atau sheer bersulam sememangnya menarik, sekali gus merubah wajah ruang. Permukaan meja juga boleh dicat baru. Lebih menarik jika anda hias permukaan meja dengan gambar keluarga, pemandangan daun dan bunga kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama besar ukuran permukaan meja

Kerusi

Jika kerusi kayu, cat saja dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan reben mengikut warna persekitaran. Suasana lebih berbeza jika digantikan kerusi dengan bangku.

Hiasan Meja

Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Misalnya, hiasan dinding pelbagai warna, reka bentuk dan gaya. Lilin dan pemegangnya pasti mampu memperbaharui persekitaran. Susun buah-buahan dalam mangkuk sebagai hiasan untuk menaikkan seri di atas meja atau penjuru kabinet.

Sofa

Ruang makan yang besar juga boleh dilengkapi dengan satu sofa fabrik. Tidak perlu beli yang baru. Guna cadar atau alas meja yang bercorak seperti geometri, pemandangan, flora dan fauna, kekotak atau sebagainya untuk membalut sofa. Tarik bahagian penghujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letakkan kusyen kecil.

Gubahan Bunga

Tidak perlu upah pakar untuk menggubah. Bunga segar lebih cantik dan segar. Beli beberapa kuntum bunga, pastikan warnanya bersesuaian dengan dinding dan hiasan meja yang lain dan letak dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian. Bunga atas meja makan tidak perlu digubah terlalu tinggi tetapi memanjang. Sebagai alternatif susun oren, pear, lemon atau buah-buahan pelbagai warna dalam mangkuk. Ini sekali gus boleh menjadi hiasan meja.

Aksesori Tambahan

Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan. Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.

Merancang pengubahsuaian rumah adalah penting.Pastikan anda tidak terburu-buru dalam melaksanakan pengubahsuaian ruang-ruang di dalam kediaman anda. Buat kajian pasaran berhubung harga, bahan dan material pembinaan, jenis kerja yang hendak dijalankan dan semestinya pemilihan kontraktor yang terbaik untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman anda. Pastikan anda memilih kontraktor yang cekap dan berprestasi baik juga pakar dalam bidang pengubahsuaian untuk melaksanakan kerja di kediaman anda. Pastikan kerja-kerja pengubahsuaian yang anda laksanakan mencapai matlamat “BEST VALUE FOR MONEY”.

Kredit : http://emesengineering.blogspot.com/

Baca :Merancang Tema Ruang Tamu

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives