10 TIPS PILIH PEGUAM HARTANAH TERBAIK UNTUK URUSAN HARTANAH

10 TIPS PILIH PEGUAM HARTANAH TERBAIK UNTUK URUSAN HARTANAH

#TIP1
  • Apabila anda direkemen terhadap seseorang peguam, sebaik baiknya cubalah berjumpa secara berhadapan dengan peguam yang direkomen tersebut. Tak cukup setakat berwasap sahaja. Pandangan orang lain mungkin tidak sama dengan pandangan anda terhadap seseorang peguam
#TIP 2
  • Kalau boleh elakkan memilih peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Bimbang- bimbang mereka tidak sempat beri tumpuan terhadap kes anda. Peluang untuk mereka menyeleweng juga besar.
#TIP 3
  • Elakkan memilih peguam yang terlalu banyak sangat buat bisnes sampingan dalam satu-satu masa. Bimbang kalau mereka tak cukup modal, duit anak guam jadi mangsa untuk mereka rolling buat modal bisnes.
#TIP 4
  • Elakkan memilih peguam yang menyerahkan semua urusan kesnya kepada staff mereka semata-mata. Bimbang staff buat hal peguam satu benda pun tidak tahu.
#TIP 5
  • Sebaik-baiknya pilihlah peguam yang dikenali oleh ramai orang awam dan selalu berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dengan masyarakat. Sebab sudah pasti mereka perlu jaga nama baik, reputasi dan kualiti perkhidmatan mereka kerana mereka dikenali oleh orang ramai.
#TIP 6
  • Kalau boleh pilihlah peguam yang terlibat secara lansung secara aktif dengan sesuatu persatuan, NGO atau pertubuhan yang memperjuangkan isu-isu masyarakat. Ini kerana apabila mereka memperjuangkan nasib masyarakat, sudah pastilah mereka juga akan memperjuangkan nasib anak guam mereka dan melindungi hak dan kepentingan anak guam mereka dengan baik.
#TIP 7
  • Janganlah memilih peguam hanya sekadar melihat kepada kos guaman mereka yang murah sahaja. Sebaliknya pilihlah peguam yang komited dan anda yakin betul-betul mampu menjaga hak dan kepentingan anda. Sebab kos guaman urusan hartanah adalah sama antara satu peguam dengan peguam yang lain.
#TIP 8
  • Jangan pilih peguam dengan hanya semata-mata berdasarkan keadaan luaran peguam atau firma guaman mereka sahaja. Sebaliknya kenali lah peribadi peguam anda dan sejauh mana komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang diberikan.
#TIP 9
  • Bina lah hubungan sebagai kawan dengan peguam anda supaya wujud keserasian antara kedua-duanya. Jika tidak serasi lebih baik carilah peguam lain walaupun peguam tersebut memenuhi ciri ciri di atas.
#TIP 10
  • Akhirnya jangan lupa berdoa kepada Allah Taala agar ditemukan dengan peguam yang baik dan beriman dalam urusan hartanah anda.Peguam tak hensem dan tak cantik tak apa. Janji beliau beriman dan berakhlak mulia.

Kredit : https://www.facebook.com/GEMPHAR
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

Baca : Ketahui Proses Bina Rumah Dengan TOP ONE PROPERTY

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives