11 Tip Untuk Hiasan Dalaman Rumah Idaman Anda.

11 Tip Untuk Hiasan Dalaman Rumah Idaman Anda.

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu

Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh

Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai

Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

5. Jangan abaikan psikologi warna

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. 

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

7. Elak bina sekatan.

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

8. Jangan beli kerana murah.

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

9. Wujudkan titik fokus

Titik fokus selalunya terletak setentang dengan ruang masuk utama. Titik fokus ini boleh dibuat menggunakan kertas dinding, mural, set perabot yang unit seperti meja konsol dan cermin, potret atau frame bergambar, serta custom item seperti cermin dan wall panel.

10. Pencahayaan yang sesuai atau optimum.

Jangan jadikan rumah anda seperti gua,kelam tidak bermaya, atau seperti makmal dengan cahaya yang terlalu banyak. Optimumkan pencahayaan. Gunakan sumber cahaya yang pelbagai. Selain berfungsi memberi pencahayaan, pelbagai design lampu yang menarik juga turut memberi keserian buat ruang rumah anda.

11. Tidak terlalu padat.

Pastikan setiap ruang tidak dipenuhi dengan perabot dan aksesori yang terlampau banyak. Pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruang. Teknikalnya setiap ruang antara laluan hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci atau 3 kaki. Jadi, dapatkan ukuran atau gambaran ruang anda sebelum membeli perabot dan kelengkapan hiasan rumah.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives