Robohkan Tembok Yang Dah Terbina Masuk Ke Tanah Jiran?

Robohkan Tembok Yang Dah Terbina Masuk Ke Tanah Jiran?

Kisah seorang jiran yang sanggup pecahkan tembok yang dibinanya, apabila setelah dibuat ukur sempadan oleh jiran sebelahnya, di dapati tembok yang dibinanya itu masuk dalam tanah jirannya itu.Beliau sanggup memecahkan tembok tersebut kerana bimbang apa yang dilakukannya itu menyebabkannya berdosa kerana dikira mengambil hak oang lain.Bagi seorang Muslim, tindakan tersebut wajar dipuji.

Namun dari segi amalan Undang-undang apakah sebenarnya yang patut dilakukan oleh seseorang jika didapati dia telah “terceroboh” masuk atau tanpa disengajakan menggunakan tanah orang lain.Situasi ini kerap berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.

Disini kami kongsikan beberapa panduan yang boleh anda lakukan jika berhadapan dengan situasi di atas dari segi amalan Undang-undang.

1. Sekiranya anda ingin membina satu tembok atau menanam sesuatu tanaman di sempadan tanah bersebelahan, sebaiknya, anda perlu lantik juru ukur untuk mengukur dan mengesahkan sempadan sebenar tanah anda.

2. Walaubagaimanapun sekiranya anda telah selamat membina tembok tersebut atau telah menanam tumbuhan tersebut dan tiba-tiba di dapati tembok yang anda bina atau tanaman yang anda tanam memasuki tanah bersebelahan milik orang lain, anda mempunyai pilihan untuk melakukan tindakan berikut:

Anda boleh bayar gantirugi kepada pemilik tanah sebelah. Gantirugi tersebut hendaklah dikira mengikut nilai semasa satu kaki persegi tanah tersebut. Ertinya anda kena check berapakah nilai semasa tanah tersebut sekaki persegi. Kemudian dapatkan berapa keluasan sebenar tanah yang anda telah ter ceroboh itu. Kemudian anda perlu bayar gantirugi kepada pemilik tanah tersebut.

Cara ini lebih praktikal kerana anda tidak perlu menanggung kerugian yang lebih besar kerana terpaksa merobohkan kembali tembok atau mencabut pokok-pokok yang anda telah tanam itu.

Walaubagaimanapun cara ini tertakluk persetujuan daripada tuan tanah tersebut.

Sekiranya tuan tanah tersebut tidak bersetuju, maka anda tiada pilihan lain. Terpaksalah anda robohkan kembali tembok yang anda telah bina itu atau mencabut atau mengalihkan tanaman yang telah ditanam itu.Dan sudah pasti ianya melibatkan kerugian dipihak anda.

Mungkin ada yang tanya, bagaimana kalau pihak yang telah ter ceroboh itu buat tak tahu saja, atau gagal mengambil tindakan sebagaimana di atas?

Bolehkan anda sebagai tuan tanah ambil tindakan undang-undang ke atasnya?

Ya, anda boleh memfailkan tindakan mahkamah untuk mengambil semula tanah anda tersebut, dimana jika mahkamah berpuas hati yang jiran anda itu telah mencerobohi tanah anda, maka dia perlu mengembalikan tanah tersebut kepada anda dalam keadaan asal dan jika mahkamah dapati telah berlaku kerugian dipihak anda, mahkamah boleh mengarahkan jiran anda itu membayar pampasan kepada anda sekiranya dia gagal menyerahkan kembali tanah itu kepada anda dalam keadaan asal.

Apapun keputusan yang dibuat, sebaiknya berbincanglah secara baik untuk mencapai persetujuan bersama.

Tindakan perundangan walaupun ianya dibenarkan kadangkala hanya menyebabkan hubungan kejiranan menjadi semakin keruh.

Apa yang lebih utama adalah nilai hubungan kejiranan tersebut perlu dikekalkan kerana itulah yang diajar oleh Nabi SAW tentang hak-hak kejiranan.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives