10 Perkara Penting Sebelum Membina Rumah Sendiri

10 Perkara Penting Sebelum Membina Rumah Sendiri

Bagi mereka yang bercadang atau merancang untuk membina rumah sendiri, dengan citarasa sendiri, serta keperluan sendiri, ‘trademark’ sendiri, saya kongsikan beberapa perkara yang selalu menjadi isu sebelum dan sehingga pembinaannya.

Biasanya, membina rumah sendiri bukanlah sesuatu yang orang selalu buat, malahan hampir kesemuanya adalah ‘once in a life time‘. Mungkin kerana kosnya yang tinggi atau keperluannya tidak membuatkan orang perlu lebih dari satu tempat tinggal. Walaubagaimanapun, nilainya tidak dapat diukur dengan wanh ringgit atau dilihat oleh mata kasar. Ianya boleh menjadi tempat yang paling serabut dalam hidup kita, atau tempat yang paling memberi keselesaan dan berkat dalam hidup kita malahan untuk keluarga kita.

Oleh hal demikian, amatlah penting untuk seseorang yang bercadang ingin membina rumah sendiri memastikan perkara-perkara asas untuk memulakan pembinaan diketahui. 

Untuk senang dan mudah, dapatkan khidmat pakar untuk menyelesaikannya untuk kita. Percayalah ianya dapat mengurangkan banyak kesilapan semasa pembinaan terutamanya melibatkan susunatur dan rekabentuk yang sudah tentu akan memakan belanja yang amat besar jika mahu diperbetulkan balik.

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai perkara-perkara asas tersebut;

  1. Mengira bajet kos binaan rumah
  2. Pastikan duit mencukupi atau lebih daripada kos membina rumah
  3. Dapatkan pelan rumah
  4. Dapatkan kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan)
  5. Cari tukang rumah/kontraktor yang sesuai dan berpengalaman
  6. Urus perbelanjaan pembinaan rumah sendiri atau serahkan kepada tukang rumah
  7. Urus hal bekalan elektrik dan air
  8. Fikirkan perabot dan aksesori rumah
  9. Fikir jangka masa panjang
  10. Simpan semua resit pembelian dan rekodkan kos pembinaan
Mengira bajet kos binaan rumah

Terdapat pelbagai cara untuk menganggar bajet kos pembinaan rumah samada secara kasar atau terperinci. Secara kasarnya, memadai dengan mendapatkan maklumat tentang kos pembinaan dari mereka yang baru membina rumah. Dapatkan keluasan rumah mereka, dapatkan maklumat kos dan bahagikannya. Lihat juga kemasan yang mereka guna dari segi kemasan lantai, siling, dinding dan sebagainya adakah sama dengan keinginan atau kemampuan kita.

Pastikan duit mencukupi atau lebih daripada kos membina rumah

Sebelum membuat rumah, sudah tentu perlu bertanya orang tempatan, Kebanyakannya akan berpendapat bahawa kos RM100,000 memadai untuk memiliki rumah sederhana dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air beserta ruang tamu dan ruang keluarga. Tetapi sebenarnya ianya tidak mencukupi untuk mendapatkan rumah tampak menarik, bilik yang betul2 selesa dengan peralatan/perabot yang banyak, kos untuk keselamatan seperti jeriji besi. 

Faktor lain juga banyak lagi mempengaruhi, terutamanya kos yuran PBT yang semakin meningkat, rujukan kita pada mereka yang dah lama membina rumah, kos khidmat buruh yang berubah mengikut masa dan tempat. Selain itu, jangan lupa kos bahan binaan yang sudah tentu meningkat. Oleh hal demikian, jangan sekali-kali fikir diminda, kita akan dapat bina rumah ‘exactly’ macam yang diberitahu dan digambarkan. Ramai diantara mereka sengaja menyatakan kos agak rendah kerana ingin menunjukkan bahawa mereka mampu membina rumah dengan kos yang murah. Hakikatnya, kos sebenar jauh lebih tinggi, kerana banyak faktor. Antaranya kos yang terlindung, termasuk kos pengangkutan dan kos semasa mendapatkan maklumat sebelum atau semasa rumah dibina.

Dapatkan pelan rumah

Membina rumah perlu ada pelan (plan) atau kata lain ‘perancangan’. Pelan rumah adalah sangat penting sebagai salah satu rancangan awalan supaya kita dapat pastikan apa yang kita hendak. Even, tukang rumah, kontraktor membina rumah berpandukan pelan. Tanpa pelan, kita tidak dapat mengira kos, keluasan rumah dan yang paling teruk, masa pembinaan kita akan membuang masa melayan soalan tukang rumah yang akan banyak bertanya untuk memulakan kerja. Akhirnya, rumah kita lambat siap, kesalahan susunatur, lari ‘budget’, dan sudah tentu kos melambung tinggi. Oleh demikian, jangan ‘kedekut’ untuk menggunakan khidmat pelukis pelan atau seelok-eloknya mendapatkan khidmat nasihat “arkitek’ yang sudah tentu sangat mahir dalam menyusun ruang supaya tidak merugikan tuan rumah dari segi kos mahupun ruang ataupun masa.

Dapatkan kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan)

Dapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Bomba, JPS, Jabatan bekalan Air tempatan, TNB atau mana2 jabatan yang terlibat. Ianya bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Tapi sebarang pembinaan walaupun dalam geran adalah nama kita sebagai pemilik tapi hakikatnya ianya adalah dibawah kuasa kerajaan. Kerajaan berhak mengambil alih sebarang tanah dengan syarat2 tertentu. 

Selain itu ianya sebenarnya penting untuk kita juga, jika kita tahu pentingnya sempadan banguna, saliran yang betul, sistem kumbahan yang sihat, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup.

Biasanya untuk rumah saiz sederhana, yuran untuk PBT lebih kurang dalam RM2000/.

Cari tukang rumah/kontraktor yang sesuai dan berpengalaman

Beberapa perkara yang perlu dititikberat bila memilih tukang rumah antaranya ialah dia mesti seorang yang mahir dan ada pengalaman membina rumah/perumahan/bangunan/airport dan sebagainya kerana mereka tahu selok-belok membina rumah ni. Tak boleh sembarangan nak pilih tukang rumah sebab banyak dengar dari pengalaman orang yang mana tukang rumah buat tak kemas, tak tegap, tak teguh, tak pandai bancuh simen, salah ukur, ambil upah mahal tapi kerja tak seberapa, ambil duit pendahuluan lepas tu lesap tak muncul-muncul, songlap duit dan sebagainya.

Carilah tukang rumah yang betul-betul berpengalaman dan boleh ‘baca’ keinginan dan kehendak kita, boleh menasihat kita apa yang patut dan tak patut buat berdasarkan pengalaman, tahu dekat mana nak beli bahan binaan yang berkualiti tapi murah, dan bijak menguruskan kos dengan cara yang berhemah.

Untuk makluman, ada ramai kontraktor yang hanya menawarkan khidmat pekerja binaan sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, jangan khuatir pasal kos. Yang penting ‘end result’. Lihat portfolio mereka (bangunan/rumah yang telah mereka bina)

Pastikan kita membuat perjanjian yang jelas sebelum pembinaan. Terutamanya perkara yang melibatkan kos kemasukan bekalan air, bekalan elektrik, alatan pekerja, dan sebagainya. Selalunya kontraktor terlepas pandang perkara ini yang akhirnya menyebabkan kita lewat dapat mendiami rumah kita dan terpaksa menambah kos yang banyak di akhir pembinaan.

Urus perbelanjaan pembinaan rumah sendiri atau serahkan kepada tukang rumah

Ada orang kata, ada beberapa cara untuk mengurus perbelanjaan pembinaan rumah. Sama ada serahkan kepada tukang rumah 100%, masuk rumah bila dah siap sahaja, ATAU kita sendiri yang membeli barang binaan rumah sendiri dan bayar upah tukang rumah mengikut peringkat kerja siap.
Seeloknya jika kelapangan, pemilik rumah beli bahan binaan sendiri supaya tukang rumah atau pekerja binaan fokus membina rumah sahaja.  Selain itu juga, ianya mengelakkan timbul keraguan berlakunya penipuan dalam proses pembelian bahan binaan.

Pendapat saya, seeloknya kita melihat sendiri bahan di kedai hardware yang ingin dibeli dan membayar terus setiap kali pembelian untuk mengelak terlupa atau terlebih bajet / supya tidak terbeli melebihi kemampuan.

Urus hal bekalan elektrik dan air

 Dalam pada membina rumah tu, kena berurusan dengan Jabatan bekalan air dan TNB. Mengurus hal ni tidaklah rumah as long as ada geran/surat mengesahkan tanah itu milik kita. Once dah bayar dan berurusan dengan mereka, tunggu sahaja dalam seminggu dua, bekalan elektrik dan air akan disambung. Biasanya kena selalu ‘follow up’. Ambil nombor telefon kontraktor bekalan air dan elektrik yang akan memasang bekalan air tersebut. Pastikan mereka berlesen.

Fikirkan perabot dan aksesori rumah

Jika kita/anda sudah mempunyai perabot samaada dari rumah sewa dulu atau dari rumah mak ayah kita, dapatkan ukurannya dan rancang mana nak diletak pada ruang rumah baru kita nanti. Tetapi kalau kita berniat mendapatkan perabot baru, terkini dan moden, cukuplah sekadar mendapat khidmat nasihat dari pakar iaitu arkitek semasa proses rekabentuk bangunan lagi.

Fikir jangka masa panjang.

Setelah rumah kita siap, seeloknya kita dapatkan Sijil Kelayakan Menduduki atau sekarang digelar CCC (Certificate of Completion & Compliance) bukan sahaja untuk menuntut baki pinjaman dari institusi pinjaman tetapi juga untuk jaminan insuran kediaman jika berlaku musibah yang tidak diingini,

Selain itu, CCC juga membolehkan rumah kita dijual dengan nilai bangunan, kija kita ingin menjualnya kelak.

Simpan semua resit pembelian dan rekodkan kos pembinaan.

Biasanya orang berpendapat kos upah adalah sama dengan kos bahan binaan. Let’s say, kalau kos bahan binaan ialah RM50,000, so kos upah pun RM50,000. Bila kita simpan dan rekod perbelanjaan, baru kita tahu sama ada apa yang orang cakap tu betul atau tidak. Seeloknya kos upah untuk membina rumah saya tu tidak melebihi 40% dari kos keseluruhan rumah. Tapi mesti diingat, itu kalau rekabentuk rumah kita hanya biasa sahaja. Kalau banyak elemen estatik yang sukar, 50% hingga 60% adalah perkara biasa. Jangan ‘kedekut’ dengan keringat, tenaga dan kemahiran orang.

Untuk memudahkan pembayaran upah pembinaan, dapatkan jadual peringkat kerja dengan arkitek. 

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives