Bidang Tugas Seorang Peguam Hartanah Yang Dilantik Pemaju.

Bidang Tugas Seorang Peguam Hartanah Yang Dilantik Pemaju.

Ramai pembeli rumah dengan pemaju yang keliru. Mereka selalu bertanya soalan macam ni :

Saya beli rumah dengan pemaju. Guna peguam yang disediakan oleh pemaju. Tapi time saya nak claim ganti rugi kelewatan dengan pemaju, peguam tu macam tak membantu saya pun.

Bahkan dia suruh saya cari peguam lain yang uruskan. Sedangkan dia adalah peguam untuk urusan jual beli. Kenapa pulak dia tak nak bertanggungjawab? Ini macam tak adil kepada saya

Sebenarnya macam ni:

1. Peguam yang dilantik oleh pemaju untuk urusan jual beli rumah yang anda beli daripada pemaju tu hanyalah bertanggungjawab terhadap urusan jual beli dan pembiayaan dengan bank (jika berkenaan) sahaja.

2. Walaupun mereka seolah olah buat kerja untuk anda, tetapi hakikatnya mereka dilantik oleh pemaju dan mewakili pemaju dalam urusan jual beli tersebut.

Hakikat sebenarnya, anda TIDAK DI WAKILI OLEH PEGUAM PUN, walaupun mungkin kadang-kadang anda bayar yuran guaman mereka (seandainya pemaju tak tanggung bayar).

3. Kemudian, jika anda hendak membuat sebarang tuntutan terhadap pemaju tersebut seperti tuntutan gatirugi kelewatan serahan milikan kosong (LAD), tuntutan kerosakan dan lain-lain, adalah digalakkan anda melantik peguam lain bagi mewakili anda.

4. Ini kerana peguam yang sediakan urusan perjanjian jual beli tadi tidak dapat mewakili anda kerana disebabkan faktor conflict of interest. Kenapa wujudnya conflict of interest? Sila rujuk item 1 & 2 di atas.

5. Selain daripada itu berkemungkinan juga sekiranya tuntutan tersebut berlarutan ke peringkat mahkamah atau tribunal pembeli rumah, peguam yang sediakan perjanjian jual beli tadi akan dipanggil sebagai saksi bagi pihak pemaju dalam kes tersebut.

Jadi masakan mungkin seseorang yang bakal dipanggil sebagai saksi bagi pihak pemaju untuk sesuatu kes boleh mewakili anda untuk menuntut daripada pemaju. Kerana wujudnya elemen conflict of interest di situ.

6. Justeru itulah, adalah AMAT DISARANKAN anda melantik peguam anda sendiri yang mewakili anda dalam urusan jual beli hartanah tersebut.

Ini kerana mereka boleh bertindak mewakili anda bukan sahaja dalam urusan jual beli rumah tersebut bahkan boleh juga mewakili anda sekiranya anda ingin menuntut sebarang tuntutan terhadap pemaju kelak. Kerana mereka terlepas dari elemen conflict of interest sebagaimana di atas.

7. Tapi kalau anda rasa sayang nak keluar duit untuk bayar legal fees untuk lantik peguam sendiri dan nak bergantung juga dengan peguam yang disediakan oleh pemaju kerana atas alasan anda tak perlu keluar kos guaman kerana ianya di tanggung oleh pemaju, TERPULANGLAH.

Tapi anda perlulah faham apakah kesannya tindakan anda tersebut. Dan janganlah salahkan peguam tersebut kelak jika mereka nampak seolah olah berpihak kepada pemaju. Sebab itu yang anda pilih.

Harap penjelasan ini dapat difahami dan selepas ini tiada lagi timbul kekeliruan tentang persoalan di atas.

Kredit : Salkukhairi Abd Sukor

Baca :11 Tip Untuk Hiasan Dalaman Rumah Idaman Anda.

Top One Property berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembinaan rumah siap dan bina diatas tanah sendiri. Kami menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami untuk menentukan design, bahan binaan, hiasan dalaman dan lain-lain.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra.

Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives