Tips Masuk Rumah Baru Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

Tips Masuk Rumah Baru Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

Selain berada dalam fasa norma kehidupan baru, tak kurang juga yang melangkah ke dunia baru, mendirikan masjid dan bergelar suami isteri selepas lama bercinta.

Dah kahwin, bermula lah hidup berdua, berkeluarga dan berpindah hidup di rumah sendiri.

Tapi, mesti ada yang masih kurang pasti apa yang kena buat sebelum masuk tinggal di rumah baru kan?

Haa, mari kami kongsikan apa patut korang buat.

  1. Pasang Internet
  2. Update Keluarga Dan Kawan Alamat Baru
  3. Tukar Alamat Surat Menyurat
  4. Proses Pembersihan & Disinfeksi
  5. Kunci Spare Untuk Ahli Rumah

Pasang Internet

Ini bukan lagi kemahuan, tapi keperluan zaman sekarang. Lebih-lebih lagi bila majoriti daripada kita masih bekerja dari rumah. Jadi, sambungan Internet yang stabil amatlah penting, tak adalah masa online meeting tapi line sangkut sampai ke sudah. Penting juga pilih pembekal Internet dengan sambungan paling stabil di kawasan rumah baru tu, jadi kena buat sedikit research sebelum pasang

Update Keluarga Dan Kawan Alamat Baru

Mungkin majlis housewarming tidak boleh dilakukan di rumah baru ketika ini, tapi apa yang perlu adalah memaklumkan kepada keluarga dan kawan terdekat mengenai alamat baru korang. Nanti mereka tidaklah tercari-cari atau tertanya-tanya di mana harus mereka tuju jika ada kecemasan atau hal penting.

Tukar Alamat Surat Menyurat

Alamat surat-menyurat juga penting untuk dikemaskini. Bayangkan surat penting dihantar ke alamat lama dan korang hanya dapat tahu selepas sekian lama, banyak masalah nanti. Selain tu, untuk korang yang kaki shopping online pun kena take note ya, kalau parcel hilang nanti macam mana? Tak ke rugi?

Proses Pembersihan & Disinfeksi

Nak masuk rumah baru, mestilah semuanya nak selamat dan selesa kan? Sebab tu wajib kena bersihkan dan disinfeksi satu rumah. Kita pun tak pasti dan nampak habuk atau kotoran sekeliling rumah sama ada ketika pembinaan ataupun dari penyewa lama.

Kunci Spare Untuk Ahli Rumah

Urusan pindah rumah, angkut barang, mungkin perlu ke sana-sini dengan urusan ubah suai rumah bersama kontraktor dan pakar hiasan dalaman, ahli rumah kena ada kunci spare. Ini bagi memudahkan urusan setiap orang dan mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kunci hilang dan sebagainya.

Kredit : BeautyfulNara.com

Baca : 10 Perkara Penting Sebelum Membina Rumah Sendiri

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri?

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives