Tip Dekorasi Bilik Tetamu Kecil, Ringkas Tetapi Cukup Selesa.

Tip Dekorasi Bilik Tetamu Kecil, Ringkas Tetapi Cukup Selesa.

Setiap rumah biasanya akan ada satu bilik khas yang disediakan untuk tetamu. Bukan hanya bilik anda sahaja yang harus didekorasikan dengan cantik.

Malah bilik tetamu pun anda perlu hiasnya juga. Tidak elok jikalau anda bagi tetamu yang datang bertandang untuk tidur dibilik yang tidak selesa. Jadi untuk perkongsian hari ini adalah mengenai tips dekorasi bilik tetamu kecil.

Ikuti perkongsian daripada Khairunnisa Hamzah yang mendekorasi bilik tetamu kecil menjadi bilik yang sangat ohsem 😍

Pada mulanya tuan rumah minta bilik di bawah ini dijadikan bilik kerja saja. Semasa hari makeover semakin tiba, kami dapat message minta untuk jadikan bilik ini sebagai bilik tetamu dan diadakan tempat tidur untuk seorang (single bed).

  1. DAYBED
  2. WARNA DINDING
  3. LANGSIR DAN LUKISAN DINDING
  4. BANTAL
  5. CADAR
  6. HAMPARAN
  7. SUDUT KERJA DAN MAKEUP
  8. PASU DAN POKOK DEKOR
  9. LAMPU
1.DAYBED

Daybed memainkan 2 peranan. Boleh jadi tempat duduk rehat masa siang, malam boleh jadi tempat tidur. Dan ia memang katil sebenarnya. Rangka dan tilam bersaiz single. Cuma rekabentuknya dibuat berbentuk kerusi rehat yang luas dan panjang.

2. WARNA DINDING

Untuk bagi nampak wow dan berfokus, dinding fokus utama diwarnakan dengan menonjol. Nak tahu mana satu dinding fokus utama, tipsnya ialah apabila buka pintu, dinding itu yang mula-mula kita terlihat dahulu.Dinding yang lain dibiarkan putih untuk bagi nampak luas.

3. LANGSIR DAN LUKISAN DINDING

Langsir adalah watak dominan dalam sesuatu ruang. Oleh kerana tuan rumah sudah memasang langsir yang sangat menonjol dengan warna emas, lukisan dinding yang dicari yang bersesuaian dengan warna emas langsir. Langsir ini ada sentimental value kerana dijahit oleh ibu tuan rumah.

4. BANTAL

Daybed akan menampakkan rangkanya. Jadi bantal yang menarik boleh digunakan untuk menutup rangka bagi mendatangkan kesan selesa dan empuk. 4 bantal besar dengan skema warna yang bersesuaian disusun bersama. Kemudian ditambah dengan bantal kusyen kecil sebagai penyerinya.

5. CADAR

Oleh kerana semua elemen dalam bilik ini tidak bercorak dan kosong, cadar yang digunakan adalah cadar bercorak bagi menaikkan seri suasana. Oh ya, untuk ruang kecil, pastikan hanya satu elemen saja yang bercorak untuk nampam lebih luas. Seperti bilik ini, cadar memainkan peranan untuk ceriakan suasana dengan corak coraknya.

6. HAMPARAN

Hamparan yang bersaiz sederhana memberikan rasa selesa. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil. Apabila ada hamparan, selesa untuk tetamu solat, duduk bawah santai berehat atau menjadi tempat untuk tidur rehat juga.

7. SUDUT KERJA DAN MAKEUP

Lengkapkan meja, kerusi dan cermin pada satu bahagian yang bertentangan. Ia menjadi pelengkap bilik di mana tetamu boleh menggunakan meja dan kerusi kerja. Dalam masa yang sama ia boleh digunakan sebagai meja dan cermin mempersiapkan diri.

8. PASU DAN POKOK DEKOR

Ini adalah elemen paling penting yang selalu diabaikan. Karakter dan suasana bilik dipengaruhi oleh aksesori dekor. Pasu dan pokok hijau cukup menaikkan seri bilik. Ia menjadikan bilik nampak lebih eksklusif. Gandingkan 2-3 pasu dalam satu sudut yang sama untuk nampak impak lebih dramatik.

9. LAMPU

Bagi menambahkan lagi kesan dramatik, lampu tidur berdiri dilengkapkan untuk bilik ini. Ia boleh membantu tetamu berehat dengan warna jingga sejuk. Terutamanya bagi tetamu yang punya anak kecil atau orang tua. Lampu tidur ini bantu mencipta suasana berehat yang selesa walau ruang kecil sebegini.

Untuk kelengkapan solat dan pengurusan pakaian tetamu, boleh tambah penyangkut telekung dan sejadah atau drawer rendah.

.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives