6 Perkara Penting Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

6 Perkara Penting Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sebelum anda membuat keputusan untuk membina rumah di atas tanah sendiri, anda perlulah mengetahui dan mengambil kira 6 perkara penting ini sebelum meneruskan impian anda untuk memiliki rumah idaman yang di impikan.

  1. GERAN TANAH
  2. STATUS TANAH
  3. KELUASAN TANAH
  4. TIADA SEKATAN
  5. BATU SEMPADAN
  6. TANAH KOSONG
Geran Tanah

Anda memerlukan bukti hitam putih bahawa tanah tersebut adalah milik anda. Sebagai
contoh, semasa arwah ibu anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia
meninggal, andalah tuan tanah itu, namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu
bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah atas tanah tersebut.

Status Tanah

Status tanah juga adalah perkara penting yang anda perlu pastikan terlebih dahulu. Jika tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda perlulah menukar status tanah tersebut kepada tanah berstatus kediaman terlebih dahulu supaya urusan membina rumah berjalan dengan lancar.

Keluasan Tanah

Perkara ini kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Namun tahukah anda antara salah satu syarat wajib untuk membina rumah atas tanah sendiri termasuklah memastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Jika kurang daripada keluasan ini, kita tidak boleh membina rumah diatas tanah tersebut kerana tidak menepati syarat-syarat yang di tetapkan untuk membina sesebuah rumah.

Tiada Sekatan

Sebagai pemilik tanah, anda kena semak tanah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membina rumah diatas tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya rumah yang dibina tidak sah disisi undang-undang dan ini akan mendatangkan masalah bagi pihak anda sendiri di masa akan datang.

Batu Sempadan

Semak dengan pihak yang berwajib mengenai sempadan tanah anda. Kita tidak boleh membina rumah sembarangan tanpa tahu sempadan tanah kita. Pastikan dahulu rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil juruukur untuk mengukur semula sempadan tanah anda. Anda juga boleh menyemak geran tanah lot yang ingin di bina rumah untuk mengetahui keluasan tanah tersebut, ini untuk mengelakkan rumah yang ingin dibina termasuk dalam kawasan tanah orang lain.

Tanah Kosong

Anda perlu elakkan membina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ianya sudah tentu akan meningkatkan kos pembinaan. Ini kerana anda perlu mencuci dan mengosongkan dahulu tanah tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Dan anda perlu menanggung kos mencuci kawasan tersebut dan ini akan meningkatkan lagi kos untuk membina rumah yang idamkan.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

Top One Property berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembinaan rumah siap dan bina diatas tanah sendiri. Kami menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami untuk menentukan design, bahan binaan, hiasan dalaman dan lain-lain.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives