7 Terma Penting Urusan Pembiayaan Perumahan Dengan Pemaju.

7 Terma Penting Urusan Pembiayaan Perumahan Dengan Pemaju.

Disini senarai 7 terma penting yang pembeli perlu tahu berkenaan dengan urusan pembiayaan perumahan dengan pemaju.

Terma-terma ini dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai Jadual G, H, I dan J Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

#1

Dalam masa tiga puluh (30) hari selepas penerimaan sesalinan Perjanjian jual beli yang telah disetemkan, Pembeli hendaklah membuat permohonan bertulis kepada pemaju untuk mendapatkan pembiayaan pembelian rumah trsebut.

#2

Pemaju hendaklah dengan sedaya upayanya berusaha untuk mendapatkan pembiayaan bagi pihak Pembeli daripada bank, LPPSA, persatuan pembinaan atau institusi kewangan yang berkaitan. Ertinya, tanggungjawab untuk mendapatkan pembiayaan perumahan adalah tanggungjawab pemaju, bukannya pembeli.

#3

Selepas pembiayaan tersebut diluluskan, Pembeli hendaklah, dalam masa tiga puluh (30) hari, menandatangani segala borang dan dokumen yang perlu dan membayar segala fi, kos guaman dan duti setem yang berkenaan kepada peguam.

#4

Sekiranya pemaju gagal untuk mendapatkan pembiayaan itu disebabkan ketidakupayaan pembeli dari segi pendapatan dan pembeli telah mengemukakan bukti ketidakupayaannya kepada Pemaju, maka Pembeli hanya bertanggungan untuk membayar kepada Pemaju satu peratus (1%) sahaja daripada harga belian dan Perjanjian tersebut hendaklah selepas itu ditamatkan.

#5

Sekiranya Pembeli gagal atau enggan menyetujui terima pembiayaan yang telah diluluskan itu atau ingkar mematuhi kehendak-kehendak yang perlu bagi permohonan itu atau hilang kelayakan yang mengakibatkan pembiayaan itu ditarik balik oleh Pembiaya, maka Pembeli adalah bertanggungan untuk membayar kepada Pemaju kesemua harga belian atau mana-mana bahagian yang belum dijelaskan.

#6

Sekiranya Pemaju tidak berjaya mendapatkan apa-apa kemudahan pembiayaan untuk Pembeli, atas sebab selain daripada ketidak upayaan pembeli dari segi pendapatan (misalnya nama kena blacklist dan lain-lain) , kegagalan untuk mendapatkan pembiayaan itu tidaklah boleh dijadikan alasan bagi apa-apa kelewatan pembayaran atau tak bayar terhadap mana-mana ansuran harga belian. Ertinya, pembeli masih bertanggungan untuk membayar kepada Pemaju kesemua harga belian atau mana-mana bahagian yang pada masa itu masih belum dijelaskan mengikut progress dalam Jadual 3 perjanjian jual beli.

#7

Untuk pembiayaan LPPSA pula, sekiranya Pembeli gagal untuk mendapatkan pembiayaan itu kerana apa-apa sebab sekalipun, maka Pembeli adalah bertanggungan untuk membayar kepada Pemaju kesemua harga beli atau mana-mana bahagiannya yang pada masa itu masih belum dijelaskan.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri? Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.

klik untuk whatsapp:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives