Bolehkah Beli Rumah Letak Nama Anak Bawah Umur?

Bolehkah Beli Rumah Letak Nama Anak Bawah Umur?

“Saya bercadang untuk beli sebuah rumah untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Boleh kah saya terus letak nama anak saya dalam geran rumah tersebut?”

#1

Secara prinsipnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak mempunyai kelayakan dari segi undang-undang untuk memasuki sebarang kontrak atas kapasiti dirinya sendiri, termasuklah kontrak jual beli hartanah.

#2

Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak tersebut boleh memasuki kontrak jual beli hartanah bagi pihak anak mereka di bawah umur, di mana dalam keadaan tersebut ibu bapa atau penjaga kepada anak tersebut hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

#3

Di dalam perjanjian jual beli dan geran hartanah tersebut kelak akan ditulis nama ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut sebagai pemegang amanah.

#4

Kebiasaannya disamping perjanjian jual beli, satu suratcara ikatan amanah akan disediakan untuk merekodkan ikatan amanah tersebut, di mana surat ikatan amanah itu akan didaftarkan di pejabat tanah.

#5

Demi melindungi hak dan kepentingan anak tersebut sehingga beliau mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak itu boleh memohon supaya kaveat amanah dimasukkan oleh pentadbir tanah ke atas hartanah tersebut.

#6

Setelah anak tersebut mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah tadi, selaku pemegang amanah akan memindahmilikkan hartanah itu kepada nama si anak sebagai pemilik berdaftar yang sah.

#7

Sebelum pindahmilik didaftarkan kepada nama si anak, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada pentadbir tanah agar kaveat amanah yang telah dimasukkan sebelum ini dibatalkan.

#8

Sebaik-baiknya segala urusan yang dinyatakan di atas dilakukan oleh peguam yang dilantik oleh pembeli.

#9

Setelah pindahmilik dibuat kepada nama si anak, kini hartanah tersebut sah menjadi milik si anak sepenuhnya.

Kredit : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Baca : Kelebihan Apabila Anda Membeli Rumah Siap Yang Kami Bina.

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Top One Property bertanggungjawab dalam memastikan pelan dan design rumah anda dirangka dengan terbaik.Kami menitik beratkan tentang susun atur ruang supaya rumah kelihatan luas, privacy terjaga, kesesuaian dengan arah kiblat, dan arah pencahayaan matahari.

Pandangan hadapan rumah juga dibuat dengan teliti sebagai contoh kompressor penghawa dingin tidak kelihatan dari pandangn depan rumah supaya rumah nampak lebih kemas.Banyak lagi faktor yang kami ambil kira dalam membina kediaman idaman anda. Kami membina rumah seolah-olah kami sendiri ingin duduki, Rumah yang ingin kami duduki mestilah dibina dengan puas hati dari A sampai ke Z 😉

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives