5 Nasihat Sebelum Perjanjian Jual Beli Rumah Ditandatangani

5 Nasihat Sebelum Perjanjian Jual Beli Rumah Ditandatangani

Antara masalah yang selalu timbul bila seseorang beli rumah dengan pemaju adalah, permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank atau LPPSA, sedangkan ketika itu perjanjian jual beli telah ditandatangani oleh pembeli dengan pemaju.

Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada perjanjian tersebut?

Perlukah pembeli menjelaskan bayaran harga belian rumah tersebut juga walaupun pembiayaan mereka tidak diluluskan.?

Ini nasihat untuk anda :

#1

Pastikan anda semak terlebih dahulu kelayakan pembiayaan anda sama ada dengan bank atau LPPSA dan pastikan anda telah mematuhi segala syarat-syarat permohonan pembiayaan tersebut sebelum membuat keputusan menandatangani perjanjian jual beli.

#2

Sebaiknya berbincanglah dengan pihak pemaju untuk mereka submit permohonan pembiayaan anda terlebih dahulu. Selepas pembiayaan diluluskan, baru lah anda tandatangan perjanjian jual beli.

#3

Perkara ini tidak dinyatakan secara jelas dalam perjanjian jual beli. Walaubagaimanapun ada sesetengah bank dan LPPSA sendiri membenarkan permohonan pembiayaan dibuat menggunapakai surat tawaran jualan walaupun sebelum perjanjian jual beli ditandatangani.

#4

Sekiranya pembiayaan anda telah diluluskan pastikan anda terima tawaran pembiayaan yang telah diluluskan oleh pembiaya tersebut. Diperingkat ini anda tidak boleh lagi teragak-agak sama ada mahu menerima atau menolak tawaran pembiayaan tersebut atas alasan anda tak berapa suka dengan kadar keuntungan yang ditawarkan oleh pembiaya tersebut. Sepatutnya anda telah buat perbandingan lebih awal dengan beberapa pembiaya lain tentang kadar keuntungan yang ditawarkan dan memaklumkan kepada pemaju yang anda ingin memohon pembiayaan dengan institusi kewangan tersebut.

#5

Jangan ingat apabila anda buat permohonan pembiayaan dengan LPPSA, permohonan anda akan dijamin lulus. Disamping membuat semakan tentang kelayakan, anda juga perlu menyemak tentang syarat-syarat pembiayaan LPPSA sebelum menyerahkan permohonan pembiayaan kepada LPPSA.

Ini kerana, jika pembiayaan anda tidak diluluskan, anda TETAP PERLU MENJELASKAN bayaran harga jual beli kepada pemaju setelah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.

Ingat! Pembeli tiada kuasa untuk membatalkan perjanjian jual beli setelah ianya ditandatangani atas alasan pembiayaan tidak diluluskan. Hanya pemaju sahaja yang ada kuasa untuk membatalkannya. Maka, fahamilah terma-terma dalam perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.

Baca : 7 Terma Penting Urusan Pembiayaan Perumahan Dengan Pemaju.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 (Block J) Section 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives