Ketahui 5 Jenis Table Top Dan Kelebihannya.

Ketahui 5 Jenis Table Top Dan Kelebihannya.

Table top memainkan peranan yang penting bagi setiap kabinet dapur, kerana table top adalah permukaan atau lapisan paling atas untuk kabinet dapur bahagian bawah.

Oleh itu, ia penting dan boleh dikatakan semua kerja-kerja dapur serta penyediaan makanan dilakukan di atas table top. Jadi ketahanan table top sangat penting untuk kerja-kerja dapur.

Di dalam pasaran, table top terdapat dalam pelbagai jenis material. Tetapi, ketahanan dan kekuatan table top berbeza mengikut jenis material yang digunakan.

Antara table top yang selalu digunakan adalah:

  1. QUARTZ STONE
  2. GRANITE
  3. SOLID SURFACE
  4. TILES
  5. HIGH PRESSURE LAMINATE (HPL)
QUARTZ STONE

– Quartz stone merupakan pilihan table top terkini. Ia sangat versatile, dengan pelbagai warna yang menarik serta sangat menawan dan tampak mewah. Ciri utama quartz stone ini adalah, ia tahan lasak dan tidak mudah calar.

– Quartz stone ini juga tidak poros, ini bermaksud ia tidak menyerap air atau apa2 jenis cecair. Selain dijadikan sebagai table top, quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai ‘back splash’.

GRANITE

– Granite adalah batu asli yang diambil dari kuari. Jenis ‘table top’ ini mempunyai ketahanan yang sangat tinggi. Jangan bimbang tentang calar, kerana jika terkena pisau, ia tidak akan merosakkan permukaan granite, malah granite yang akan menumpulkan pisau anda.

-Granite juga dapat menahan haba jika anda meletakkan periuk panas ke atas permukaannya. Ia tidak akan meninggalkan tanda pada granite melainkan jika terdapat minyak atau bahan organik lain di permukaan kuali yang bersentuhan dengan granite. Ini kerana minyak itu boleh meresap ke dalam granite.

SOLID SURFACE

– Solid surface juga merupakan material pilihan ramai. Ia merupakan ‘artificial stone’ di mana komposisi bahan utama ia merupakan gabungan bahan sintetik seperti polister atau akrilik dan bahan semulajadi yang lain.

– Seperti quartz stone, solid surface juga merupakan jenis material table top yang tidak poros, iaitu tidak mudah menyerap cecair dan mudah dijaga dan dibersihkan. Namun kekurangan solid surface ini adalah ia mudah calar.

TILES

– ‘Table top’ jenis tiles ataupun jubin ini antara kebaikannya ialah tahan lama, tahan haba dan tidak mudah kotor. Tiles ada pelbagai saiz, bentuk, warna dan gaya dan ini memberi anda pilihan yang sangat banyak.

– Antara kebaikan lain ‘table top’ tiles(concrete) ialah, jika salah satu tiles rosak, anda hanya perlu menukar tiles itu dan tidak perlu menukar keseluruhan ‘table top’ anda. Dapur jenis ini ada banyak pilihan reka bentuk dan reka bentuk yang cantik pasti akan memberi anda semangat yang lebih untuk memasak.

HIGH PRESSURE LAMINATE (HPL)

– HPL merupakan antara material yang kurang mendapat sambutan kerana dianggap sebagai satu material yang tiada kelas tersendiri. Namun ramai yang tidak tahu, dengan ada nya teknologi terkini, HPL mempunyai kemasan lamina yang direka lebih menarik dan berkualiti tinggi. Ia juga tidak mudah menyerap air serta tahan dengan kerosakan.

– Secara keseluruhan, table top HPL ini tidak mampu bertahan selama seperti material yang lain. Jadi penjagaan lebih rapi perlu diberikan kepada mereka yang menggunakan table top jenis lamina.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Top One Property berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembinaan rumah siap dan bina diatas tanah sendiri. Kami menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami untuk menentukan design, bahan binaan, hiasan dalaman dan lain-lain.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives