Risiko Beli Tanah Geran Pemilikan Bersama.

Risiko Beli Tanah Geran Pemilikan Bersama.

Masalah yang selalu dihadapi oleh pembeli tanah geran pemilikan bersama adalah untuk kenal pasti pemilik bersama yang lain.

Lebih-lebih lagi jika sekiranya maklumat tentang pemilik bersama yang dinyatakan dalam geran adalah tidak lengkap, seperti tiada nombor kad pengenalan mereka atau tiada alamat mereka dan sebagainya. Ini boleh berlaku khususnya kepada geran tanah dulu-dulu.

Masalah akan timbul apabila anda ingin buat pecah- bahagian anda kelak. Atau apabila anda ingin bangunkan (develop) bahagian anda tersebut. Atau ada pihak yang ingin beli keseluruhan tanah tersebut untuk dibangunkan.

Memandangkan tanah tersebut berstatus milikan bersama sudah pasti kebenaran dan persetujuan daripada pemilik bersama yang lain diperlukan sebelum urusan tersebut boleh dilakukan.

Walaupun dalam Kanun Tanah Negara membolehkan mana -mana pemilik bersama melakukan pecah-bahagian miliknya sahaja, tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan dalam Kanun Tanah Negara, tetapi sekiranya anda bercadang untuk bangunkan tanah tersebut secara keseluruhan, persetujuan pemilik bersama adalah di perlukan. Begitu juga jika tanah tersebut ingin dijual keseluruhannya, persetujuan daripada pemilik bersama juga diperlukan.

Dari segi praktikalnya sesuatu tanah milikan bersama itu lebih bernilai dan menguntungkan jika ianya dibangunkan atau dijual secara kolektif berbanding berasingan. Selain dapat berkongsi kos sesama sendiri, ianya juga dilihat lebih ekonomikal dan memberi nilai tambah kepada tanah tersebut.

Sekiranya masalah ini berlaku kepada anda, apakah yang sepatutnya anda lakukan?
#1

Kenal pasti sama ada pemilik bersama tersebut masih hidup atau telah meninggal dunia. Caranya adalah cuba bertanyakan dengan penduduk kampung sekiranya mereka mengenali pemilik tersebut dan mengetahui sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.

#2

Jika pemilik tersebut telah meninggal dunia carilah waris-waris mereka yang terdekat. Proses mencari waris ini bukanlah mudah. Ianya memerlukan kesabaran dan usaha gigih. Mungkin juga boleh minta bantuan daripada penduduk kampung yang mungkin mengenali waris-waris mereka.

#3

Setelah berjumpa dengan waris -waris mereka, waris-waris mereka perlulah failkan permohonan pusaka untuk melantik pentadbir harta dan seterusnya menurun milikkan bahagian tersebut kepada waris-waris yang berhak.

#4

Selepas pentadbir harta dilantik dan bahagian tersebut telah di turun milik kepada waris-waris mereka yang sah, anda perlulah berurusan pula dengan kesemua waris-waris tersebut dan mendapatkan kebenaran majoriti mereka untuk membolehkan pecah bahagian atau urusan pembangunan tanah dilakukan atau persetujuan daripada semua pemilik bersama untuk menjual.

#5

Sekiranya tidak pasti pemilik bersama tersebut telah meninggal dunia atau sebaliknya, dan tidak dapat dikenalpasti waris-waris mereka yang sah walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan, anda perlulah membuat iklan di akhbar dan ditampal kan juga di papan kenyataan pejabat tanah atau mahkamah untuk pemilik bersama tanah atau waris-waris pemilik bersama tadi menghubungi anda atau peguam anda dalam tempoh masa tertentu dan mengemukakan bukti bahawa mereka adalah pemilik bersama atau waris mereka yang sah.

#6

Jika masih tidak berjumpa juga dengan pemilik bersama atau waris-waris mereka, anda mungkin terpaksa memfailkan Permohonan Anggapan Kematian di mahkamah. Dan anda perlulah mengemukakan saksi atau bukti- bukti yang dapat meyakinkan mahkamah bahawa pemilik bersama tadi bolehlah dianggap sebagai telah meninggal dunia.

#7

Jika sekiranya tiada waris-waris mereka yang sah, berkemungkinan bahagian tanah milikan bersama itu akan diserahkan kepada Baitul Mal. Dan seterusnya anda perlu pula berurusan dengan Baitul Mal.

Maka sebaik-baiknya belilah tanah yang pemiliknya seorang sahaja kerana ianya boleh terus dipindahmilikkan kepada nama anda dan sekiranya anda ingin membangunkannya atau menjualnya kelak ianya tidak melibatkan pihak- pihak lain. Yang pasti anda bebas melakukan apa sahaja dengan tanah tersebut.

Kredit : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Baca : Ketahui 5 Jenis Table Top Dan Kelebihannya.

Top One Property berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembinaan rumah siap dan bina diatas tanah sendiri. Kami menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami untuk menentukan design, bahan binaan, hiasan dalaman dan lain-lain.

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives