Pemilik Asal Enggan Mengosongkan Rumah Yang Telah Dilelong

Pemilik Asal Enggan Mengosongkan Rumah Yang Telah Dilelong

APAKAH TINDAKAN YANG PEMBELI BOLEH LAKUKAN?

Di antara masalah biasa dihadapi oleh pembeli rumah lelong adalah keengganan pemilik asal keluar daripada rumah tersebut.

Lebih malang lagi pemilik asal bersikap kasar dengan pembeli rumah lelong, seperti menunjukkan senjata, memaki hamun dan menggunakan kekerasan terhadap mereka apabila diminta mengosongkan rumah tersebut.

Di sini langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pembeli rumah lelong sekiranya pemilik asal enggan mengosongkan rumah tersebut.

Langkah 1

Cuba sebaik mungkin berjumpa dan berbincang dengan pemilik asal untuk minta mereka keluar secara baik.

Tempoh masa yang munasabah perlu diberikan kepada mereka untuk mereka mengosongkan rumah tersebut.

Mungkin juga jika pembeli berkemampuan boleh tawarkan bantuan perpindahan kepada pemilik asal atau memberi mereka sedikit saguhati untuk memudahkan urusan perpindahan mereka.

Dengan cara berlembut begini mungkin pemilik asal akan mengosongkan rumah tersebut dengan segera secara baik.

Langkah 2

Jika pemilik asal dilihat tidak mahu bekerjasama dan terus bersikap kasar dan membahayakan diri pembeli, pembeli tidak perlu berlawan dengan mereka.

Sebaliknya mereka boleh lantik peguam untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya terhadap pemilik asal rumah lelong tersebut.

Langkah 3

Antara tindakan perundangan yang boleh diambil oleh peguam adalah:-

A) Peguam akan hantar notis tuntutan terhadap pemilik asal untuk meminta mereka mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh masa tertentu seperti 14 hari daripada tarikh notis misalnya.

B) Sekiranya pemilik asal masih gagal atau enggan mengosongkan rumah tersebut, peguam akan failkan Writ Pemilikan di Mahkamah.

C) Sekiranya Mahkamah berpuas hati dengan permohonan tersebut, satu perintah milikan kosong akan dikeluarkan.

D) Balif Mahkamah akan menyerahkan perintah tersebut kepada pemilik asal / manampal di premis tesebut dan pemilik asal perlu mengosongkan rumah tersebut dalam masa 14 hari daripada tarikh penyerahan perintah mahkamah.

E) Sekiranya masih gagal, Balif Mahkamah akan datang ke rumah tersebut untuk melaksanakan tindakan mengambil milikan kosong daripada pemilik asal. Biasanya proses penguatkuasaan ini akan dibantu oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang lain.

F) Sekiranya pemilik asal berkeras untuk tidak mahu keluar, mereka boleh ditangkap dan diambil tindakan hina mahkamah.

G) Setelah pemilik asal keluar dan mengosongkan rumah tersebut, milikan kosong rumah tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada pembeli.

Mungkin ada yang bertanya tentang berapakah kos guaman sekiranya tindakan perundangan sedemikian di ambil.

Tentang kos guaman, ianya bergantung kepada case to case basis dan pengalaman peguam yang mengendalikan kes tersebut. Lebih complicated kes tersebut, lebih tinggi kos guaman yang akan dikenakan oleh peguam.

Jadi pembeli kena berbincang dengan peguam yang dilantik terlebih dahulu tentang kos guaman tersebut.

Kredit : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives