8 Petua Memilih Sofa Untuk Rumah Kediaman Anda

8 Petua Memilih Sofa Untuk Rumah Kediaman Anda

Sofa adalah perabot yang paling penting dan diberi keutamaan oleh pereka hiasan dalaman.

Maklumlah, ruang tamu adalah tempat anda meraikan tetamu yang datang.

Oleh itu, rekabentuk hiasan dan pemilihan sofa yang elegan akan memberi keselesaan kepada tetamu.

 Dalam artikel ini, Dikongsikan 8 petua cara memilih sofa untuk rumah kediaman anda.

  1. Ukur ruang yang hendak diletakkan sofa
  2. Kenalpasti konsep dan susun atur yang di ingini
  3. Beli sofa semasa ada jualan promosi
  4. Rasai keselesaannya
  5. Rekaan rangka
  6. Ketahui bahan dalaman yang digunakan
  7. Pemilihan warna yang sesuai dengan konsep yang di idamkan
  8. Pilih jenis pelapik permukaan yang di sukai

Ukur ruang yang hendak diletakkan sofa

Ini adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan! Pastikan anda mempunyai pelan lakaran rumah, ukuran saiz ruang tamu dan pelan susun atur cadangan. Ini akan memastikan anda hanya membeli sofa  dengan saiz yang tepat untuk ruang tamu rumah anda.

Bagi ruangan yang kecil, sofa bentuk L atau sofa 3 tempat duduk mungkin pilihan yang lebih baik. Untuk ruang tamu saiz biasa, anda boleh pilih sofa 5 tempat duduk atau lebih mengikut saiz ruang yang ada. Sekiranya ruang tamu anda bersaiz besar, terdapat banyak pilihan seperti gabungan 2+3 tempat duduk bersama 2 kerusi atau sofa bentuk L bersaiz besar mungkin pilihan yang baik.

Kenalpasti konsep dan susun atur yang di ingini

Perhatikan kemasan jubin dan dinding, serta saiz ruang tamu anda. Ini akan memberi anda sedikit idea tentang konsep dan susun atur yang sesuai. Masih pening nak pilih sofa yang mana satu? Saya cadangkan anda meluangkan masa melawat rumah contoh di tapak perumahan baru atau berjalan-jalan di IKEA untuk mencari ilham dan idea.

Beli sofa semasa ada jualan promosi

Anda perlu meninjau dan membandingkan harga sofa sekurang-kurangnya di 3 gedung jualan. Sebaiknya, beri tumpuan kepada gedung jualan yang menawarkan harga promosi dan perabot murah.

Rasai keselesaannya

Setiap sofa yang dihasilkan oleh pengeluar/ kilang akan mempunyai ciri keselesaan yang tersendiri. Oleh itu, adalah penting untuk anda menguji sendiri setiap pilihan sofa yang ada. Anda boleh duduk dan rasai kesesuaian/ keselesaan sofa tersebut.

Rekaan rangka

Kualiti dan ketahanan sofa biasanya bergantung kepada rekaan rangka.

Rangka kayu keras (solid) adalah pilihan terbaik kerana ianya adalah kukuh, tahan dan bersifat natural. Pastikan rangka kayu digilap dengan baik dan bersih, dengan kandungan lembapan sekitar 8% ke 12%.

Selain rangka kayu, sofa dengan rangka besi juga satu pilihan yang baik. Cuma ianya mungkin agak berat, dan rangka besi juga akan mudah terdedah dengan karat jika tidak digilap dengan baik.

Ketahui bahan dalaman yang digunakan

Bahan yang biasa digunakan untuk sofa adalah jenis polyurethane foam. Sofa mewah akan ada lapisan tambahan, menjadikan sofa tersebut lebih selesa.

Pemilihan warna yang sesuai dengan konsep yang di idamkan

Warna yang berbeza akan memberikan perasaan yang berbeza untuk sofa dan ruang anda. Pastikan sofa yang dibeli sesuai dengan rekabentuk kemasan jubin lantai dan dinding ruang tamu. Warna natural adalah pilihan terbaik memandangkan sofa anda akan digunakan untuk satu tempoh yang lama.

Pilih jenis pelapik permukaan yang di sukai

Sofa dengan lapik permukaan jenis fabrik dan kulit adalah berbaloi untuk dimiliki. Anda juga boleh memilih jenis permukaan yang lain asalkan ianya mempunyai ciri ketahanan yang baik dan mudah untuk dibersihkan.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives