10 Jenama Cat yang berkualiti hiasi rumah idaman anda

10 Jenama Cat yang berkualiti hiasi rumah idaman anda

  1. SANcora Paints Interior & Exterior Magnum Emulsion – Green (1L)
  2. MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L)
  3. Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior – Storm Cloud (1L)
  4. Kansai Paint For Interior And Exterior Wall – Sundown (7L)
  5. Seamaster Paint Interior Wall Tex – Moroccan Mint (7L)
  6. Dulux Maxilite Plus Emulsion Paint (7L)
  7. ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints – Brown (5L)
  8. Nippon Weathergold Exterior Wall (5L)
  9. Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L)
  10. KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L)

SANcora Paints Interior & Exterior Magnum Emulsion – Green (1L)

Cat bertona hijau untuk estetika tropikal – sesuai untuk luar rumah

Untuk yang gemarkan gaya tropikal, anda mungkin akan menyukai cat ini di ruangan anda. Cat yang ‘bold’ seperti ini sangat sesuai untuk accent wall yang menjadi tumpuan utama sesuatu ruang. 

Anda boleh menghiasi dengan rak kayu ringkas atau lengkapkan dinding accent wall kehijauan yang kosong dengan susunan bingkai gambar yang berusurkan tropika yang nyaman dan akan mengingatkan anda kepada percutian pulau yang mewah!

MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L)

Jika anda ingin mengekalkan warna dinding kayu untuk rumah kampung, gunakan cat varnish yang berona kekayuan yang akan mengekalkan ciri-ciri unik kayu tersebut daripada mengecat menggunakan cat warna seperti dinding biasa.

Cat varnish ini juga sesuai untuk menjaga kualiti kayu dengan ciri-cirinya yang kalis air dan juga anti-fungus. Jadi, rumah kayu akan sentiasa kelihatan cantik dan tahan lama.

Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior – Storm Cloud (1L)

Jika anda menggemari estetika yang sejuk, minimalis, segar dan ringkas namun tidak mahu kelihatan kosong, warna Storm Cloud daripada Colorland ini amat sesuai bagi anda. Warnanya sangat padan yang akan membuatkan seluruh ruangan ruang tamu kelihatan nyaman dan cozy.

Cat ini juga anti-fungus, boleh dicuci dan dilap, kurang bau dan juga mempunyai kemasan sheen yang mewah.

Kansai Paint For Interior And Exterior Wall – Sundown (7L)

Warna muted mauve pinkish ini sangat sesuai buat semua orang. Tona yang muted dan earthy tone menjadikan warna ini gender neutral dan sangat menarik jika didekorasikan gaya monokromatik.

Seamaster Paint Interior Wall Tex – Moroccan Mint (7L)

Jika anda mempunyai tema moden kontemporari di rumah anda, warna-warna muted dan earth tone seperti Morrocan Mint dari jenama Seamaster ini sangat sesuai. Dengan kemasan matte, ianya akan membuatkan ruang rumah anda menjadi sangat bergaya dan trendy. 

Warna cat sebegini juga kelihatan mewah. Tambah pula dengan dekorasi ruangan yang moden akan mengikat lagi estetika moden kontemporari di rumah anda.

Dulux Maxilite Plus Emulsion Paint (7L)

Satu tips untuk ruangan nampak luas dan besar ialah dengan mengecat dinding warna putih, Namun, warna putih mungkin membosankan bagi sesetengah orang, Jadi, warna pastel juga dapat membantu membuatkan ruangan kelihatan besar dan luas. 

Lagi-lagi warna pastel cool tone yang menjadikan ruangan bilik sejuk dan nyaman seperti cat Maxilite ini.

ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints – Brown (5L)

Warna seperti ini sangat sesuai jika anda inginkan ruang yang minimal namun tidak mahu menggunakan warna yang gelap dan berat ataupun terlampau terang sehingga sukar untuk dihiasi.

Warna eath tone pastel seperti ini sangat sesuai untuk tema minimalis kerana warnanya yang muted dan cerah. Senang dihiasi dengan pelbagai dekorasi dan akan sesuai dipadan dengan perabot apa sahaja.

Nippon Weathergold Exterior Wall (5L)

Cat ini khas untuk luaran rumah atau bangunan yang kalis cuaca kasar, anti-fungus dan alga, serta ianya tidak mudah merekah atau terkopek. Sesuai buat cuaca Malaysia yang sering panas terik dan hujan rebut.

Cat bertona kelabu cool tone pula sangat sesuai untuk luaran rumah kerana ianya menyejukkan pandangan dan akan kelihatan segar dan nyaman.

Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L)

Nah, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan sering menconteng dinding, cat ini sangat sesuai untuk ruangan rumah anda! Ianya amat mudah dibersihkan dengan hanya air dan kain lap sahaja serta ianya juga tidak akan luntur dan terkopek setiap kali dibersihkan. 

Ianya tidak mempunya bau yang kuat dan COV (Volatile Organic Compound) yang rendah, membuatkan cat ini cat mesra alam serta tidak toksik. Sesuailah dengan keperluan keluarga anda untuk memastikan anak kecil anda tidak terdedah dengan bahaya bahan kimia merbahaya.

KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L)

Cat berasaskan air ini sangat sesuai untuk dinding rumah. Dengan 80 pilihan warna, anda pasti menjumpai warna yang menarik untuk ruangan peribadi anda. Cat ini juga boleh dilap menggunakan air dan tidak akan luntur atau terkopek, jadi senanglah jika anda mempunyai anak kecil ataupun haiwan peliharaan. 

Kemasannya ‘sheen’ memberi daya tarikan elegan dengan pilihan warna yang menarik. Cat ini juga anti-bakteria, kurang berbau dan tidak mengandungi lead atau merkuri, jadi anda tidak usah bimbang lagi jika anda menghidu udara toksik.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah dan kontraktor binaan yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra.

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives