Tip Memilih Jubin Bagi Pengubahsuaian Kediaman Rumah Anda

Tip Memilih Jubin Bagi Pengubahsuaian Kediaman Rumah Anda

Jubin digunakan untuk melindungi lantai atau dinding di kebanyakan rumah di Malaysia, biasanya digunakan di bilik mandi dan dapur.

 Jubin bersifat kalis air apabila direkatkan dengan betul. Ia juga bertahan lama, dan membolehkan anda mencipta rekaan di rumah anda tanpa had. Ada bermacam-macam warna, tekstur dan saiz jubin lantai untuk dipilih, termasuk cara susunan mozek yang boleh dilakukan oleh anda.

Mengapa jubin lantai sangat popular di rumah-rumah di Malaysia?

Ketahanan: Jubin dikenali kerana sifatnya yang kukuh dan tahan lama. Apabila ia dijaga dan dipasang dengan betul, jubin boleh bertahan untuk jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan pada warna atau bentuknya.

Penyelenggaraan: Salah satu poin jualan terbesar jubin adalah penyelenggaraannya yang rendah. Ia bukan sahaja memerlukan penyelenggaraan yang amat sedikit, malah jubin lantai juga tahan haba, air, tumpahan dan kesan kotoran. Biasanya, sabun dan air pun sudah cukup untuk membersihkan lantai berjubin anda. Jika salah satu jubin anda sumbing atau retak, jubin itu boleh diganti

Emisi: Jika anda bimbang mengenai tekanan terhadap bahan kimia berbahaya, jubin mengeluarkan hanya sedikit atau tiada sebatian organik mudah meruap (VOCs) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini kerana semua jubin dibakar di dalam tanur bersuhu tinggi, yang mana telah membuang kebanyakan VOCs yang ada bersama-samanya.

Tahan Api: Tidak seperti lantai kayu, laminat atau vinil, jubin dibakar di dalam tanur pada suhu yang tinggi. Ini mencipta sebuah produk yang tidak mudah terbakar sejurus ia dipasang.

Reka bentuk: Sebab terpenting dalam memilih jubin adalah terletak pada kepelbagaian reka bentuknya. Pemilik kediaman yang lebih menyukai lantai pusam yang bersih boleh memilih bidur jubin yang besar dalam nada kelabu.

Jenis-jenis jubin

Terdapat tiga jenis jubin lantai – seramik, porselin, dan jubin homogen. Seramik dan porselin digunakan dalam pengubahsuaian kediaman, sementara jubin homogen digunakan dalam ruang komersil.

Jubin seramik terbentuk daripada tanah liat semulajadi, pasir dan air. Bahan-bahan ini diacu untuk membentuk segi empat atau segi empat tepat  sebelum dibakar di dalam tanur bagi membuang hampir semua kelembapannya.

Jubin seramik sebahagian besarnya digunakan untuk bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur. Direka untuk digunakan di dalam, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana keringanannya. Ia lebin ringan serta boleh didapati dalam kemasan kilat dan pusam. Ia juga dianggap sebagai jubin paling asas dan paling murah di antara ketiga-tiganya.

Immagini 7687

Jubin porselin juga diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Walau bagaimanapun, kepadatan tanah liat yang digunakan dalam jubin porselin adalah lebih tinggi berbanding  yang digunakan untuk seramik.

Jubin porselin dibakar pada suhu yang sangat tinggi untuk jangka masa panjang supaya hampir semua kelembapannya dibuang. Tanah liat yang lebih padat dan masa mengering yang lebih lama menjadikan jubin porselin semakin kuat dan tahan berbanding seramik.

Jubin porselin boleh didapati dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan. Ia bukan sahaja datang dalam permukaan berkilat dan pusam, ia juga memiliki penampilan unik seperti permukaan bergula di mana ia boleh memantulkan cahaya yang menyinarinya.

Jubin porselin amat serba guna kerana ia boleh bertahan daripada jumlah pergerakan kaki yang banyak serta lebih tahan haus dan lusuh. Ini menjadikan ia sesuai untuk dipasang sama ada di dalam atau pun di luar rumah selain penggunaan tugas komersil yang ringan mahu pun yang sederhana. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.

Jubin homogen turut dikenali sebagai jubin tugas berat, dan kebanyakannya digunakan dalam penggunaan komersil untuk tempat-tempat seperti pusat membeli-belah, lapangan terbang dan hospital, di mana terdapat banyak pergerakan kaki.

Sebagaimana namanya, jubin ini tidak mempunyai tekstur yang banyak hiasan atau reka bentuk dan kebanyakannya datang dalam satu warna. Ia lebih kuat dan lebih tahan lama, ia juga lebih mahal berbanding jubin porselin.

Di mana jubin dipasang dalam rumah anda

Oleh kerana jubin adalah sangat tahan lama dan kalis air, ia paling bagus berada dalam bilik mandi. Lantai dan dinding di sekeliling pancuran dan kawasan tab mandi merupakan kawasan terbaik untuk penggunaan jubin.

Apabila memasang jubin lantai di kawasan lembap seperti bilik mandi, ingat untuk meminta jubin dengan tahap tahan gelincir yang tinggi.

Lokasi semulajadi seterusnya adalah di dapur. Banyak kaunter dapur berusia dibina sebagai platform konkrit yang dibaluti jubin. Kebanyakan kaunter ini masih kuat walaupun selepas 30 tahun! Namun begitu, sebagai ganti menjubin kaunter, dapur-dapur pada masa kini menggunakan jubin pada lantai dan backsplash.

Walau bagaimanapun, jubin tidak terhad kepada bilik mandi dan dapur sahaja. Banyak harta tanah lebin suka menggunakan jubin porselin tugas berat pada jalan masuk rumah untuk penyelenggaraan minimum. Begitu juga dengan balkoni. Untuk sentuhan Peranakan, anda boleh memasukkan jubin hiasan sekali-sekala di atas muka pintu atau sepanjang backsplash dapur.

Bagaimana jubin dipasang

Proses pemasangan jubin yang betul adalah termasuk:

  • Menakik: Jika jubin sedia ada diganti, ia perlu dibuang,
  • Pengalisan air: Membran kalis air dicat pada sublantai dan dibiarkan kering. Pengalisan air diperlukan untuk kawasan lembap dan di luar seperti bilik mandi, kolam renang, kawasan belakang rumah, atau balkoni,
  • Lapis / pengarasan: Menambah lapisan simen untuk membuat lapisan lantai,
  • Pemasangan: Jubin dipasang dengan meletakkan mortar (atau thinset) pada lantai dan bahagian bawah jubin. Thinset bertindak sebagai perekat yang memaut jubin kepada lantai. Kaedah sama ini digunakan untuk meletakkan jubin pada dinding. Untuk perekatan dan pengeringan yang lebih bagus, kontraktor akan menggunakan thinset terubahsuai yang mengandungi polimer lateks (dikenali sebagai susu gum)
  • Penurapan: Grout digunakan untuk mengisi sela di antara jubin
  • Merekat: Grout direkatkan untuk menjadikannya kalis air

Reka bentuk jubin yang popular

Terdapat banyak reka bentuk. Jadi, sukar untuk mengatakan yang mana satu paling popular.

Saiz lazim bagi jubin untuk bilik mandi dan ruang tamu ialah 80cm x 80cm sementara 60cm x 60cm digunakan biasanya untuk dapur. Untuk bilik mandi, 30cm x 60cm adalah pilihan yang popular.

Bagi reka bentuk jubin pula, jubin yang menyerupai batu semulajadi dan marmar merupakan pilihan popular di kalangan pemilik kediaman. ini disebabkan oleh ramai pemilik kediaman yang menggunakan jubin untuk membawa suasana semulajadi dalam kediaman mereka.

Namun demikian, terdapat juga reka bentuk jubin baharu yang menyerupai kayu. Jubin jenis ini menjadi popular kerana pemilik kediaman mahu mencipta rekaan dalaman gaya Scandinavia dalam rumah mereka. Ia menggabungkan lantai berwarna kayu keras yang muda, walaupun di dapur.

Tetapi, memandangkan mereka tidak mahu kesusahan dalam menyelenggara lantai kayu, ramai memilih jubin dengan reka bentuk kayu.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍 | 𝐋𝐔𝐀𝐒 | 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐋𝐎
𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐒

𝐏𝐓 𝟐𝟓𝟑𝟒
Keluasan Rumah – 1907kps
Keluasan Tanah – 52++kps
Harga Awalan – RM450k

𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗟𝗨𝗔𝗦
𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗦
𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜

Jika berminat / ingin lawat tapak
𝗖𝗔𝗟𝗟. : 𝟬𝟭𝟮 𝟵𝟬𝟮 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧)
𝗖𝗔𝗟𝗟. : 𝟬𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗜)
𝗖𝗔𝗟𝗟. : 𝟬𝟭𝟰 𝟯𝟯𝟰 𝟳𝟰𝟲𝟰 (𝗭𝗨𝗟 𝗛𝗔𝗤𝗜𝗙)

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives