Harga Bahan Binaan Melambung, Kenaikan Mencecah 80 Peratus

Harga Bahan Binaan Melambung, Kenaikan Mencecah 80 Peratus

isu semasa harga binaan melambung 2021

Dianggarkan 10,000 kontraktor yang diberikan projek binaan pada tahun lepas terpaksa menarik diri berikutan harga barang binaan yang semakin meningkat sehingga melebihi 80 peratus.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, peningkatan harga bahan binaan itu menyebabkan ramai ahli persatuan berkenaan terkesan kerana kenaikan harga melibatkan semua jenis bahan.

Isu kenaikan harga barang binaan termasuk besi, simen dan pasir sehingga mencecah 40 ke 80 peratus daripada harga asal memerlukan tindakan segera mengatasinya.

Ia perlu sebagai langkah mengelak kumpulan kontraktor di negara ini menanggung kerugian lebih besar.

Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak tahun 2016 turut terkesan dengan situasi tersebut dan memohon pihak berkuasa mencari jalan menanganinya.

Harga barang binaan naik hingga 80 peratus – Pemaju IBS

“Kenaikan harga barang binaan berlaku sejak awal tahun ini secara mendadak menyebabkan kami pemain sektor pembinaan seolah-olah semakin hilang upaya dan menanggung beban. Ini disebabkan tidak ada pilihan kerana kontrak yang ditandatangani oleh sesetengah pembeli rumah dibuat sebelum kenaikan harga.

“Justeru masalah ini mohon diberi perhatian dan tindakan kerana belum nampak tanda-tanda akan pulih sebaliknya terdapat harga barangan yang melambung sehingga mencecah 100 peratus,” katanya.

Sumber – Utusan Malaysia

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI SELURUH KELANTAN

BANGLO MEWAH DAN EKSKLUSIF PENGKALAN CHEPA UNTUK DIJUAL

BANGLO MEWAH DAN EKSKLUSIF PASIR MAS UNTUK DIJUAL

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives