Kenali Jenis Siling Dalam Pembinaan Sesebuah Rumah

Kenali Jenis Siling Dalam Pembinaan Sesebuah Rumah

Apa Itu Siling ?

Siling adalah sebahagian daripada kemasan yang diletakkan diatas beberapa komponen struktur yang  dikenali sebagai dinding. Siling terletak di bawah rangka bumbung dan secara umumnya merangkumi beberapa reka bentuk. Rekabentuk siling telah banyak berubah sehingga mampu memberikan nilai estetika kepada kediaman dengan motif dan juga warnanya.

Siling boleh didapati daripada pelbagai bahan dan boleh berfungsi sebagai komponen yang mampu membawa keselesaan kepada isi rumah serta mengawal keadaan suhu ruangan rumah.

Siling juga berfungsi sebagai lapisan kedua selepas lapisan atap iaitu berupaya menahan kemasukan air dalam rumah, berupaya menyekat haba panas yang berlebihan, sekaligus turut membantu mengurangkan kemasukan bunyi yang berlebihan.

Artikel kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda antara beberapa jenis siling yang biasa digunakan dalam pembinaan sesebuah rumah yang terkini :

  1. Siling Plywood
  2. Siling Gypsum
  3. Siling Asbestos
  4. Siling PVC
  5. Siling Campuran Gypsum & Plywood
  6. Siling Fiber
  7. Siling Kayu
  8. Siling Kapur
1. Siling Plywood
  • Siling jenis ini mempunyai harga yang lebih murah dan banyak digunakan dengan ketebalan biasanya kira-kira 3mm hingga 5 mm.
  • Pemasangannya tidak begitu sukar dan tidak memerlukan kemahiran khas.
  • Sedikit rapuh sekiranya terkena air atau diamkan anai-anai.
2. Siling Gypsum
  • Gypsum merupakan jenis siling yang sangat popular untuk bahagian dalaman kediaman.
  • Oleh kerana kerja pemasangannya yang mudah dan dapat mempercepatkan proses kerja, ianya sering digunakan.
  • Kebiasaanya, ada yang menggunakan siling gypsum untuk menggantikan siling plywood.
  • Siling gypsum juga banyak motifnya yang semestinya memberi nilai tambah kepada ruang kediaman.
  • Kelemahan siling ini adalah ia rapuh terhadap air. Maka ia akan mudah rosak.
  • Pastikan bumbung rumah anda tidak mudah bocor dan mengenai siling gypsum ini.
3. Siling Asbestos
  • Merupakan campuran daripada pelbagai bahan seperti silica.
  • Siling asbestos juga digunakan sebagai bumbung yang rumah.
  • Selain mudah dipasang rumah pun akan terasa sejuk.
  • Namun asbestos sangat berbahaya terutama apabila serpihan asbestos yang tidak boleh dilihat kemudian tersedut. Ini dapat menyebabkan penyakit paru-paru.
  • Penggunaannya dilarang di kebanyakan tempat kerana membahaya kepada kesihatan apabila tersedut seratnya.
4. Siling PVC
  • Siling ini diperbuat daripada plastik.
  • Ia tahan kepada air namun jika ingin dibandingkan dengan kualiti ianya lebih mahal.
  • PVC atau Polivynilchloride merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan.
  • Jenis siling ini tidak memerlukan sebarang kemasan seperti cat.kerana pengilang sudah menyediakannya dalam pelbagai warna. Selain itu, siling PVC lebih tahan lama, tahan air, dan mudah dibersihkan.
5. Siling Campuran Gypsum & Plywood
  • Siling jenis ini kukuh terhadap air, tetapi agak rapuh bila terhantuk dan memerlukan seseorang khusus untuk memotong dan memasangnya.
6. Siling Fiber
  • Reka bentuk siling model fiber diperbuat daripada serat plastik.
  • Kebiasaannya mempunyai mod telus walaupun banyak juga dalam mod kabur.
  • Reka bentuk siling fiber dijual dalam bentuk lembaran dengan pelbagai motif dan reka bentuk.
7. Siling Kayu
  • Kayu yang digunakan iaitu kayu lambersering atau kayu olahan.
  • Kemasan yang biasa menggunakan melamine atau varnis agar karakter kayunya semakin kekal.
8. Siling Kapur
  • Siling kapur juga dikenali dengan pelbagai nama di kalangan masyarakat kita.antaranya ialah siling lepa,siling plaster,siling putih,siling cantik,dan sebagainya
  • satu jenis siling yang boleh digayakan sebagai elemen dekorasi ruang dalaman anda.
  • boleh membantu mengurangkan suhu dalaman ruang akibat daripada haba pancaran sinaran matahari daripada bumbung.
  • boleh digunakan pada rumah kediaman, malah turut digunakan di lain2 jenis bangunan seeperti bangunan komersial,hotel dan sebagainya
  • disesuaikan dengan fungsi dan saiz  sesuatu ruang agar siling kapur tampak padan dengan reka bentuk dan fungsinya.

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Top One Property juga bersedia membantu anda untuk membina rumah diatas tanah anda sendiri mengikut standard rumah yang telah kami jual sebelum ini atau spesifikasi yang lebih mewah lagi.

Hubungi:
𝟬𝟭𝟮 𝟵𝟬𝟮 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧)
𝟬𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟯 𝟵𝟭𝟵𝟭 (𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗜)
untuk keterangan lanjut

atau boleh terus ke pejabat kami:
𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan
09-773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives