Cantikkan Lantai Cara Jimat Dengan Cat Epoxy 😍

Cantikkan Lantai Cara Jimat Dengan Cat Epoxy 😍

Kebanyakan tikar getah murah yang terdapat di Malaysia ni adalah tikar getah yang tidak tahan lama malah ianya sangat mudah untuk terkoyak.

Tambahan lagi tikar getah sering mengundang pelbagai masalah seperti menggelembung dan mudah terkoyak. Lebih-lagi apabila anda mempunyai anak yang begitu lasak sehingga tikar getah itu tercabut dengan serta merta.

Tidak perlu lagi guna tikar getah kerana cat epoxy menjadikan ruang yang berlantaikan lantai simen nampak lebih berbeza, nampak kemas dan menarik.

Seperti yang dikongsikan oleh Ain Mahzir ini, beliau telah memilih kaedah cat epoxy untuk lantai simen di rumah sewa beliau. Antara sebab beliau memilih cat ini ialah ianya tidak perlu pecah lantai, senang untuk mop, harga yang berpatutan dan juga banyak digunakan untuk industrial work place.

Kenapa pilih cat epoxy?

✅ Banyak digunakan untuk industrial work place
✅ Banyak pemilihan warna
✅ Tak perlu pecah lantai
✅ Senang nak sapu dan mop
✅ Harga reasonable

Kelemahan Cat Epoxy?

❌ Mudah tergores

Cat Yang Digunakan.
  • 5 Liter LCS Heavy Duty Epoxy ( White 9102 ) 
  • Beli 3 Set
  • One set akan dapat (1 hardener + 1 epoxy)

Berapa keluasan cover untuk cat epoxy?
✅ Rougly dalam 650 sft (ruang tamu + 3 bilik tidur)
✅ Tidak termasuk bilir air + dapur since sudah ada tiles

Dinding rumah guna cat apa?
✅ Brand Maxilite

Berapa kos?
✅ RM70 / 18 Liter

Cara penggunaan Cat Epoxy?

1️⃣ First, kami akan sapu dan cuci lantai menggunakan clorox/any pencuci. Sental guna berus sampai permukaan rata dan bersih. Kalau ada yang tidak rata, kikis dahulu. Tips, please beli mop tolak air. Lagi mudah urusan kerja.

2️⃣ Biarkan seharian supaya simen betul-betul kering.

3️⃣ Campurkan epoxy + hardener nisbah 1:4. Kacau sehingga sebati. Boleh refer video dibawah.

4️⃣ Cat pada ruang yang kecil dahulu seperti bilik tidur. Akhir sekali ruang tamu. Tujuan, senang untuk bergerak.

Kami letak cellotape sekeliling tiles. Supaya senang nak cat

1st layer

Ini adalah 1st layer. Pastikan kering dahulu baru buat layer yang lain

5️⃣ Biarkan kering 12-24 jam dulu. Then, ulang semula step di atas. Kami buat 2-3 layer.

6️⃣ Tips terakhir, jangan kedekut cat. Biar tebal lebih cantik dan kemas.

Hasil Penggunaan Cat Epoxy + Sentuhan Dekorasi

Kebanyakan kami buat DIY untuk jimatkan kos.
Actually dah lama nak share untuk posting ni.
Tapi, mana tahu ada sesiapa berhajat nak guna cat epoxy seperti kami.
Boleh share yaa kawan-kawan. Semoga bermanfaat yaa 😉

FB: Ain Mahzir

Baca : Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives