PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI. APAKAH HAK PEMBELI?

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI. APAKAH HAK PEMBELI?

Projek perumahan terbengkalai adalah:

i. Projek yang gagal disiapkan oleh Pemaju dalam tempoh perjanjian jual beli dan tiada sebarang aktiviti yg ketara di tapak pembinaan selama tempoh 6 bulan secara berterusan,

ii. Pemaju telah digulungkan (telah bankrupt) di bawah Akta Syarikat,

iii. Disahkan sebagai projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Maka, dalam bahasa mudahnya, kita boleh katakan, sekiranya sesuatu syarikat pemaju tersebut telah digulungkan dan tiada sebarang progress dilakukan di tapak projek dalam tempoh 6 bulan secara berterusan, dan Menteri telah mengesahkan yang projek tersebut adalah dianggap terbengkalai, maka projek tersebut boleh lah dianggap sebagai terbengkalai.

Tetapi sekiranya, Pemaju masih belum digulungkan dan progress pembinaan projek masih berjalan walapun agak perlahan, ia tidak boleh dikategorikan sebagai projek terbengkalan tetapi hanya dianggap sebagai projek bermasalah dan projek lewat sahaja.

Apa yang boleh pembeli lakukan jika projek perumahan anda telah disahkan terbengkalai?
  • Seksyen 8A kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1967 (Pindaan 2015), berkuatkuasa pada 1Julai 2015 menyatakan, sekiranya pemaju gagal atau dengan sengaja atau enggan meneruskan sesuatu projek perumahan dalam tempoh masa enam (6) bulan secara berterusan atau lebih daripada tempoh masa yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli, dengan syarat pembeli telah mendapat persetujuan bertulis daripada bank pembiaya dan telah disahkan oleh Pengawal Perumahan (satu badan yang diberikuasa oleh Menteri di bawah Akta tersebut untuk mengawal selia segala urusan berkaitan projek perumahan), maka PEMBELI BOLEH MENAMATKAN PERJANJIAN JUAL BELI TERSEBUT dengan menghantar Notis Pembatalan Perjanjian kepada Pemaju / Liquidator yang dilantik oleh Mahkamah.

  • Setelah perjanjian dibatalkan, Pemaju/ Liquidator hendaklah mengembalikan semua bayaran harga jual beli kepada pembeli dalam tempoh masa 30 hari daripada tarikh penamatan perjanjian. Sekiranya gagal dikembalikan, pemaju/ liquidator tersebut boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000.00 tetapi tidak lebih RM250,000.00. Selepas didapati bersalah, Pemaju/ liquidator itu juga boleh didenda tidak melebihi RM5,000 untuk setiap hari dimana kesalahan tersebut masih berlaku.

  • Tubuhkan satu jawatankuasa bertindak sesama pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek terbengkalai tersebut. Sebaik-baiknya jangan bertindak berseorangan
Tujuan jawatankuasa ditubuhkan adalah untuk :
  1. Berbincang dengan pihak bank untuk tujuan pelupusan atau penangguhan atau penjadual semula bayaran ansuran bulanan sementara keputusan rasmi dicapai dengan pihak KPKT.
  2. Mencadangkan kepada KPKT untuk melantik Pemaju baru bagi tujuan mengambil alih dan meneruskan projek tersebut dengan kos ditanggung oleh Pemaju baru tertakluk kpd terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT dan dipersetujui bersama oleh Pembeli pembeli.
  3. Menawarkan kepada Pembeli-pembeli yang masih berminat untuk meneruskan projek tersebut dengan terma-terma yang tidak merugikan pembeli.
  4. Mencadangkan kepada KPKT untuk menyekat pengeluaran dan pengembalian wang deposit pembukaan akaun HDA oleh Pemaju asal dan juga apa-apa baki lebihan dalam akaun HDA Pemaju asal.
  5. Mencadangkan agar wang deposit atau wang lebihan akaun HDA Pemaju asal tersebut digunakan untuk tujuan menanggung sebahagian daripada bayaran bulanan pinjaman pembeli dengan bank.
  • Selain daripada itu, Seksyen 18A pula memperuntukkan, sekiranya didapati mana-mana pemaju telah menyebabkan projek perumahannya terbengkalai, pembeli boleh membuat laporan rasmi kepada KPKT, dan jika didapati bersalah, mereka boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sebanyak tidak kurang daripada RM250,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM500,000.00 atau ahli lembaga pengarahnya dan pengurusannya boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.
  • Walaubagaimanapun, perlu diingat, peruntukan yang saya nyatakan di atas hanyalah terpakai untuk perjanjian jual beli yang ditandatangani dengan pemaju BERKUATKUASA PADA 1 JULAI 2015 SAHAJA, dan ianya TIDAK MEMPUNYAI KESAN TERKEBELAKANG.

Maknanya, sekiranya sesuatu perjanjian jual beli itu ditandatangani sebelum daripada tarikh tersebut dan rumah itu kemudiannya disahkan terbengkalai , maka peruntukan yang saya nyatakan di atas tidak akan terpakai. Walaubagaimanapun item 3 di atas boleh dijadikan panduan.

Kredit : Salkukhairi N Sons

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 membina dan menjual rumah di Kelantan dan Terengganu. Rumah yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan kualiti yang kami tawarkan. Bahan yang kami gunakan untuk membina rumah adalah dari jenama-jenama terkemuka dan semestinya dengan kualiti terjamin!

Klik whatsapp team kami untuk bertanya lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Haqif Azmi
wasap.my/60143347464/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives