6 Langkah Untuk Pinjaman Perumahan Tanpa Slip Gaji?

6 Langkah Untuk Pinjaman Perumahan Tanpa Slip Gaji?

Slip gaji amatlah penting kerana ia merupakan dokumen pertama yang di minta oleh pihak bank dalam apa-apa urusan pinjaman. Tapi, kalau anda bekerja sendiri, Bagaimana?

Jom ketahui semua perkara yang anda perlu buat untuk pastikan permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan !

  1. Nisbah Khidmat Hutang (DSR)
  2. Pastikan Rekod Kewangan Perniagaan Cantik
  3. Kukuhkan Aset Lain
  4. Jaga Skor CTOS & CCRIS
  5. Pendapatan Sampingan Lain
  6. Jaga Rekod Percukaian Anda

Nisbah Khidmat Hutang (DSR)

Kemampuan pembayaran semula pinjaman berdasarkan pendapatan bulanan ni di kenali sebagai Nisbah Khidmat Hutang (DSR) yang menentukan layakkah anda mendapat pinjaman.

Jadi, kalau anda tiada slip gaji, bank tidak akan teragak-agak untuk melihat bukti aliran tunai anda sehingga 6 bulan lamanya.

Bukti aliran tunai ini boleh dibuktikan dengan penyata bank. Tak kiralah apa yang anda buat untuk dapatkan duit, hanya penyata bank yang akan sahkan ada wang masuk atau tidak kedalam akaun anda.

Kerana dari situlah bank akan menilai DSR anda dengan mengambil kira komitmen bulanan termasuklah liabiliti semasa seperti pinjaman pendidikan,pinjaman kenderaan atau hutang kad kredit.

Pastikan segala aliran keluar masuk tunai itu jelas untuk membuktikan anda serius nak berniaga.

Jadi, pastikan anda tahu apa pantang larang bank dan kenalah bertindak untuk pastikan anda tidak melanggarnya dan meningkatkan peluang permohonan pinjaman perumahan diterima.

Pastikan Rekod Kewangan Perniagaan Cantik

Masalah ramai orang bila bekerja sendiri ni, rekod kewangan tunggang langgang. Jangan buat akaun perniagaan macam akaun bank sendiri.

Kena pisahkan siap-siap. Sebab senang anda ada dua akaun, satu akaun perniagaan dan satu lagi akaun peribadi.

Segala macam pembayaran berkaitan perniagaan perlu masuk ke dalam akaun perniagaan. Akaun sendiri tu pula macam untuk anda terima gaji bulanan walaupun anda tu tuan punya perniagaan.

Disebabkan perniagaan tu atas nama anda, sekarang anda ada dua sumber pendapatan. Satu atas nama perniagaan, satu lagi atas nama peribadi anda, maksudnya gaji bulanan.

Kukuhkan Aset Lain

Orang berniaga atau bekerja sendiri ni, memang mula-mula akan kelam kabut sedikit nak uruskan duit. Terutama kalau berpuluh ribu masuk, rambang mata, belanja semua!

Jangan !

Bahagikan siap-siap untuk pelaburan lain seperti emas ke, dana amanah ke ASB ke, atau pendapatan sewa lain. Semua ini akan membantu anda menyakinkan bank tentang kemampuan anda ada duit.

Jadi sekiranya prniagaan bermasalah, anda masih ada simpanan atau pelaburan lain yang boleh dicairkan untuk bayar pinjaman perumahan itu.

Dokumen bukti ada simpanan atau pelaburan lain ni boleh dihantar bersama semasa buat permohonan pinjaman perumahan.

Jaga Skor CTOS dan CCRIS

Ini paling penting, kerana perkara pertama bank nak tengok apabila anda hantar permohonan adalah skor kredit anda. Kalau skor kredit tidak elok, memang mimpilah nak dapat pinjaman!

CTOS dan CCRIS ni tak blacklist ye, anda boleh mohon, tapi lulus atau tak, bergantung kepada elok ke tak rekod tu.

Kalau sekarang rekod CTOS dan CCRIS tu tak elok, kenalah mula elokkan. Sistem ni bukan hukuman mati kewangan ya !

Pendapatan Sampingan Lain

Orang bekerja atau berniaga sendiri ni memang akan aktif cari pekerjaan sampingan. Tak kisahlah jadi penceramah ke, influencer atau apa saja. Pendapatan pekerjaan sampingan ni perlu didokumenkan dengan rapi untuk jadi bukti kepada bank dan untuk urusan percukaian.

Jaga Rekod Percukaian Anda

Percukaian ini memang penting, banyak benda rumit yang kadang kala terlepas pandang. Tapi, rekod cukai yang tersusun akan beri tanggapan kepada bank yang anda seorang yang bertanggungjawab.

Ia juga akan beri gambaran keuntungan kasar perniagaan anda sebelum ini serta gaya hidup anda. Jadi kena pastikan rekod percukaian anda baik!

Biasanya income tax kena bayar sekurang-kurangnya 2 tahun untuk meyakinkan pihak bank.

Malah, menjadi satu kesalahan kalau anda salah atau sengaja tak lapor pendapatan bercukai ini, anda boleh didakwa dan didenda maksimum RM10,000.00 dan penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Anggaplah hubungan baik anda dengan fail LHDN adalah satu hubungan yang sihat 😄

Banglo Khas Kepada Orang Kelantan Yang Pentingkan Kualiti

Ingin membeli rumah di Kelantan? Atau ingin membina rumah di atas tanah sendiri?

𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 adalah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini dimiliki oleh 100% Melayu Bumiputra. Ramai yang kagum dengan rumah yang telah kami bina dengan harga yang ditawarkan. Spesifikasi rumah yang kami tawarkan dengan harga mampu milik tidak mampu ditawarkan oleh pemaju lain. Bagi kami, biar untung kecil, janji anda tersenyum puas apabila menerima kunci rumah!

Whatsapp team kami sekarang untuk lebih lanjut:

Wan Zailani
wasap.my/60139139191/rumah

Wan Izzat
wasap.my/60129029191/rumah

Faizi Izwan
wasap.my/60199004334/rumah

Farahani Razali
wasap.my/60145022150/rumah

𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

📞 09 773 9191

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram

Archives