Tip Memilih Jubin Untuk Kediaman Rumah Impian Anda.
Tip Memilih Jubin Untuk Kediaman Rumah Impian Anda.
Apa Itu Jubin ?
Jubin ialah kepingan bahan tahan lasak seperti Seramik, batu, logam atau kaca diproses yang umumnya digunakan untuk menutup atap, lantai, dinding, pancuran, atau objek lain seperti meja. Ia kadangkalanya juga boleh merujuk kepada unit serupa yang dibuat dari bahan-bahan ringan seperti kayu, dan batu galian yang biasanya digunakan untuk pemasangan di dinding dan siling.
Jubin sering digunakan untuk membentuk alas dinding dan alas lantai yang boleh disusun dari bentuk mudahnya sehingga ke corak mozek rumit. Jubin jenis nipis boleh digunakan pada dinding yang tidak memerlukan permukaan yang tahan lasak seperti pada lantai.
Terdapat 5 jenis jubin yang biasa digunakan untuk menghiasi rumah kediaman impian anda.
- Jubin Homogen – Terdiri daripada bahan jubin khas dan tanah liat, ianya tidak licin (slip resistant), sesuai dipasang di kawasan yang basah contohnya di dalam bilik mandi, dapur dan tempat letak kereta.
- Jubin Porselin – Diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan. Maka ia sesuai dipasang sama ada di dalam atau di luar rumah. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.
- Jubin Kayu – Bagi mereka yang inginkan sedikit sentuhan klasik, jubin kayu boleh dipertimbangkan. Diperbuat daripada papan lapis, kayu asli serta kayu tiruan.
- Jubin Seramik – Dianggap jubin paling asas, ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain. Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.
- Jubin Simen – Sesuai digunakan di kawasan yang basah dan lembap seperti bilik mandi, dinding pancuran mandi atau bilik stim.
Jubin Rumah Memang Penting, Bukan Je Untuk Mencantikkan Ruang Rumah, Tapi Juga Menjadi Keindahan Dan Keselesaan Untuk Mendiami Rumah Impian Kita.
Tip Pemilihan Jubin
- Memilih Jubin Yang Berkualiti – Kalau boleh, tanyalah orang yang berpengalaman luas dalam bidang binaan kerana mereka ni lebih mengetahuai mengenai produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk tiles rumah anda. Yang penting, dari situ, kita akan tahu standard dan ianya bermutu atau tidak tiles tu.
- Memilih Jubin Yang Bersesuaian – Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai dibilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Itu sebagai contoh yang Budiey boleh berikan. Tapi biasanya tiles permukaan yang kasar ni susah untuk dicuci kerana kekotoran tu susah nak tanggal.
Namun begitu, kepelbagaiannya juga menjadikan anda sukar untuk memilih jubin lantai yang sesuai untuk rumah anda. Selepas anda memilih reka bentuknya, anda juga akan mengalami masalah jika anda mengupah kontraktor yang tidak berpengalaman untuk memasangnya.
Kami di 𝗧𝗢𝗣 𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗘𝗥𝗧𝗬 sedia membantu merealisasikan impian anda untuk memiliki mahligai idaman yang di impikan.
𝐓𝐎𝐏 𝐎𝐍𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
📍 Lot 2007 Tingkat 1 Block JSection 37,
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
📞 09 773 9191